Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tentera ‘seksi’ bertempiaran lari bila diserbu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tentera ‘seksi’ bertempiaran lari bila diserbu

Tampil dengan tema ‘malam tentera seksi’ bagi menarik perhatian pelanggan pusat hiburan di Jalan Ampang, di sini.

Itu antara promosi, sebuah pusat hiburan yang diserbu sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), malam kelmarin.

Malah ketika serbuan jam 11 malam kelmarin, semua 85 pelayan pelanggan (GRO) memakai baju celoreng tentera dengan menampakkan susuk tubuh menggiurkan.

Mereka bagaimanapun bertempiaran melarikan diri bagi mengelak dicekup pihak berkuasa selain dikesan bersembunyi di sebalik rak pakaian, di bawah meja dan di dalam tandas.

Bagaimanapun, usaha meloloskan diri itu gagal berikutan pihak JIM WPKL mengepung setiap pintu di pusat hiburan berkenaan.

Seramai 150 individu termasuk warga asing ditahan bagi pemeriksaan dan 120 daripadanya dikesan melakukan pelbagai kesalahan.

Penolong Pengarah JIM WPKL, Mohd Sharulnizam Ismail berkata, hasil serbuan di premis terbabit pihaknya menahan 102 individu membabitkan lapan lelaki warga asing disyaki pekerja dan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis

“Selebihnya wanita warga asing membabitkan 85 warga Thailand, tujuh Vietnam dan seorang dari Laos disyaki menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja sebagai pelacur di negara ini,” katanya.

Sharulnizam berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan dan maklumat anggotanya berhubung kegiatan warga asing yang dikesan menyalahgunakan pas lawatan di pusat hiburan berkenaan.

“Mereka mencari pendapatan di pusat hiburan dengan melayan pelanggan termasuk menawarkan khidmat seks.

“Malah, ada antara suspek dikesan mengambil bahan terlarang untuk berseronok bersama pelanggan berikutan penemuan serbuk putih disyaki dadah di dalam pinggan di bilik di pusat hiburan terbabit.

“Semua suspek berusia 20 hingga 40-an itu ditahan bagi siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Kuala Lumpur bagi tindakan lanjut,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Tentera ‘seksi’ bertempiaran lari bila diserbu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hBQbuG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.