Terima Hadiah Beg Tangan Adalah Fitnah - Ibu Pelajar Perempuan Bagi Penjelasan Yang Sebenar
PETALING JAYA: Kisah seorang pelajar yang didakwa menghadiahkan beg tangan berjenama mewah kepada 'kekasihnya' sehingga tular di media sosial baru-baru ini membuatkan netizen tergamam.
Namun gambar dengan keterangan yang 'berbunga-bunga' itu mendapat kecaman berikutan kedua-duanya masih di bangku sekolah.
Selain dipersoalkan kerana cinta mereka di bangku sekolah, isu sanggup menghadiahkan beg tangan jenama mewah turut dipertikaikan netizen.
Bagaimanapun ibu kepada pelajar perempuan tersebut tampil menjelaskan bahawa kisah yang tular di media sosial mengenai anaknya Hana adalah fitnah semata-mata.
Menerusi satu 'posting' pada Jumaat malam, wanita itu dengan nama Facebook 'Intan Murni Zulkifli' menjelaskan bahawa gambar tersebut sebenarnya diambil semasa hari ulang tahun rakan Hana bernama Afiq, dan hubungan mereka sekadar rakan baik.
Malah kata Intan, beg yang dipegang Hana di dalam gambar yang tular hanyalah roti keju dan kek batik yang dibuat anak perempuannya.
"Kami tahu mereka nak sambut ulang tahun Afiq. Tapi mana pulak datangnya beg ***** seperti yang digembar-gemburkan?
"Senang benar anda diperbodohkan dengan hanya sebaris ayat - kapsyen," katanya sambil menjelaskan bahawa gambar tersebut diambil oleh pasangan kembar Hana iaitu Hani dan hari ulang tahun Afiq disambut secara beramai-ramai.
Mengakui keterangan gambar dimuat naik pada Instagram Hana, wanita tersebut tidak melihat terdapat kesalahan berhubung perkara itu.
"Hana dan Afiq kawan sekelas dari tingatan satu lagi. Berkawan baik sama seperti yang lain. Niat dia untuk beritahu belajar dulu baru fikir nak ada hubungan. Buat ibu ayah bangga dulu dengan kejayaan dalam pelajaran.
"Alahai, budak nak meningkat dewasa kan. Korang pun pernah ada perasaan masa sekolah dulu kan. Samalah macam mereka. Tapi mereka sedar itu semua tak ke mana, belajar jadi keutamaan. Jadi, apa salahnya di situ?," kata Intan dengan nada kesal.
Kecaman tersebut membuatkan Hana menjadi mangsa buli siber sehingga menyebabkan pelajar berkenaan tertekan.
"Dia takut, risau, serba salah, macam-macam dia rasa. Terima kasih kerana perlakukan emosi anak Intan sebegitu.
"Dia tak mampu ke sekolah kerana malu, tak makan seharian, berkurung dalam bilik. Dosa apakah yang Hana buat pada kalian hingga korang sanggup mencaci hina dan memfitnahnya," tambah Intan.
Dalam pada itu, Intan turut berterima kasih kepada semua rakan Hana yang banyak membantu membersihkan nama anak perempuannya dan Afiq, termasuk guru-guru yang memberi sokongan dan memahami keadaan yang berlaku.
Sumber: mStar Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wIaZHE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment