Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada isu kaum, exco saran buka dobi di masjid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada isu kaum, exco saran buka dobi di masjid

Masjid Abidin yang bersejarah di Kuala Terengganu. Seorang exco negeri mencadangkan kedai dobi dibuka di masjid-masjid untuk menjana pendapatan. — Paparan Skrin GoogleMasjid Abidin yang bersejarah di Kuala Terengganu. Seorang exco negeri mencadangkan kedai dobi dibuka di masjid-masjid untuk menjana pendapatan. — Paparan Skrin GoogleKUALA TERENGGANU, 29 Sept — Masjid yang mempunyai lebihan dana terutama di kawasan bandar-bandar Terengganu disaran mewujudkan satu pusat perniagaan yang menawarkan pelbagai perniagaan kategori perkhidmatan kepada masyarakat setempat sebagai jihad ekonomi umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata antara perniagaan perkhidmatan yang boleh beroperasi di masjid ialah seperti dobi layan diri dan mencuci kereta.

“Banyak manfaat bakal diperoleh oleh pihak pengurusan masjid iaitu menjana keuntungan yang boleh dipulangkan semula kepada penduduk di mukim itu terutama golongan susah dan fakir miskin.

“Bagi pelanggan pula, mereka boleh meluangkan masa sementara menunggu pakaian atau kereta itu siap dicuci untuk mengikuti ceramah, kelas usrah atau melakukan ibadah yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai dobi khas untuk umat Islam yang menjadi kontroversi di Johor baru-baru ini.

Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil berkata perkara itu perlu dilihat dengan lebih positif tanpa melibatkan isu perkauman.

“Kewujudan perniagaan kategori perkhidmatan di masjid ini sangat tepat pada masanya terutama untuk golongan wanita yang akan berasa lebih selamat kerana masjid selalunya sentiasa dipenuhi ramai jemaah sepanjang masa dan ini boleh mengurangkan kadar jenayah seperti ragut dan pecah kereta.

“Selain memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak mukim, perkhidmatan ini juga sangat diperlukan oleh golongan bermusafir yang sering singgah di masjid-masjid untuk berehat.

“Keutamaan perkhidmatan adalah kepada penduduk Islam setempat namun kita tidak menghalang penduduk bukan Islam untuk turut mendapat perkhidmatannya kerana Islam itu adalah agama rahmat untuk semua manusia dan sekelian alam,” katanya. — Bernama



Sumber Tiada isu kaum, exco saran buka dobi di masjid

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xOQubA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.