Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Pesawat Tersadai 10 Tahun Dibeli Dengan Harga RM800,000 Oleh Syarikat Kitar Semula.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Pesawat Tersadai 10 Tahun Dibeli Dengan Harga RM800,000 Oleh Syarikat Kitar Semula..

Salah satu pesawat yang sedang dirobohkan, selepas ia tersadai bertahun-tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor.

JOHOR BAHRU: Tiga pesawat Boeing 747, masing-masing bernilai jutaan ringgit telah dijual pada lelongan awam pada harga hanya RM800,000 selepas kesemuanya tersadai bertahun-tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Pembida asing yang dipercayai merupakan syarikat kitar semula bagi serpihan aeroangkasa telah pun merobohkan pesawat berkenaan.

Ia dijangka dapat menyelesaikan proses tersebut bagi ketiga-tiga pesawat dalam tempoh tiga minggu lagi.

Difahamkan, beberapa syarikat turut membuat bidaan semasa lelongan dilakukan beberapa minggu lalu.

Sekurang-kurangnya tiga jengkaut digunakan untuk merobohkan badan pesawat.

Salah satu pesawat telah dirobohkan sepenuhnya, dan kelihatan hanya gear pendaratannya.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, beliau mengetahui kesemua pesawat tersebut telah dijual.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti apakah tujuan syarikat berkenaan terhadap pesawat yang dibeli.

The Star melaporkan dua pesawat kargo dan sebuah pesawat komersial tersadai di lapangan terbang selama kira-kira 10 tahun.

Setiap pesawat yang dikatakan bernilai kira-kira AS$30 juta (RM125 juta) hanya diselaputi dengan jelaga dan kotoran.

Difahamkan, pemilik pesawat sebelum ini berhutang dengan lapangan terbang Senai lebih RM1 juta bagi caj parkir.

Menurut pegawai penerbangan, kes tersebut dimenangi lapangan terbang apabila ia dibawa ke mahkamah.

Menurut satu 'posting' lama di Facebook mendakwa bahawa pesawat itu berusia lebih 30 tahun dan ditawarkan untuk jualan pada harga RM5.3 juta setiap satu.


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xuZqlY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.