Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tolak Tawaran Dr Mahathir Kerana Sayangkan UMNO - Ahmad Said - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tolak Tawaran Dr Mahathir Kerana Sayangkan UMNO - Ahmad Said





Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad pernah beberapa kali memberi 'tawaran' kepadanya tetapi beliau menolak kerana terlalu sayangkan UMNO.



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dan Ketua UMNO Bahagian Kemanan itu berkata demikian ketika meluahkan kesetiaan terhadap UMNO meskipun menurutnya beliau dihujani pelbagai dugaan selepas meletak jawatan sebagai menteri besar pada 2014.



Beliau dalam nada berseloroh menggelar dirinya 'bekeng' (garang) dan tidak mahu lagi mengungkit peristiwa lama, namun dirinya umpama ular, boleh mengeluarkan bisa apabila terancam.



Ahmad berkata demikian ketika berucap pada perasmian Persidangan UMNO Bahagian Kemaman di sini hari ini yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut.



"Sejarah telah mengajar mereka... saya harap kita pastikan mulai saat ini segala tohmahan dan hinaan diabaikan... kita pentingkan kekuatan kita, perbetulkan kesilapan kita, apa pun yang berlaku kita tetap ahli UMNO," katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan yang hadir.





-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wOdYeo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.