Hi! Welcome Back and Stay Tune! Trump, Kim saling berbalas serangan lisan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Trump, Kim saling berbalas serangan lisan

WASHINGTON: Perang lisan di antara Donald Trump dan Kim Jong-Un, memuncak semalam apabila presiden itu menyifatkan pemimpin Korea Utara berkenaan sebagai 'lelaki gila', sehari selepas rejim itu memberi isyarat ia mungkin meletupkan bom hidrogen di Lautan Pasifik.

Beberapa jam sebelum itu, dalam serangan peribadi jarang dibuat, Kim menyasarkan Trump, menyifatkan beliau 'menghadapi masalah mental' dan 'nyanyuk' dan memberi amaran presiden itu akan membayar harga tinggi atas ancamannya memusnahkan Korea Utara jika dicabar.

Perang lisan itu berlaku sehari selepas Washington mengumumkan sekatan lebih ketat bertujuan mengekang program nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara, pada hujung ucapan Trump di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Dalam ucapan itu, Trump menggelar Kim sebagai 'Lelaki Roket' dan menyatakan beliau dalam misi membunuh diri.

"Kim Jong-Un dari Korea Utara, yang jelas gila tidak kisah membiarkan rakyatnya kebuluran atau membunuh mereka, akan diuji yang tidak pernah dilakukan sebelum ini," kata Trump dalam akaun Twitter, awal semalam.

Kim turut menyelar Trump, berjanji akan 'menjinakkan pemimpin AS yang ada masalah mental dan nyanyuk dengan api' dalam ucapan yang dibacakan di televisyen oleh pembaca berita dengan imej Kim di mejanya.

Trump 'menghina saya dan negara di depan mata dunia dan membuat perisytiharan perang paling ganas dalam sejarah, kata Kim, menurut agensi berita KCNA.

Russia dan China merayu kedua-dua negara menamatkan retorik masing-masing dan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, ia seperti 'pergaduhan antara kanak-kanak tadika'. - AFP



Sumber Trump, Kim saling berbalas serangan lisan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jUvfjt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.