Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video remaja pukul ibu, 'tukang viral' pula minta maaf - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video remaja pukul ibu, 'tukang viral' pula minta maaf

SUSULAN penularan sebuah video yang memaparkan seorang remaja memukul ibunya, seorang pengguna Facebook dengan nama Jejaka Sereng, memuat naik permohonan maaf kerana menyebarkan video berkenaan.

Dalam kemas kini di Facebook, Jejaka Sereng memaklumkan, dia tidak berniat untuk memalukan sesiapa apabila berkongsi video itu di laman sosialnya.

"Saya ingin memohon maaf di atas kesilapan dan kesalahan saya kerana tidak sepatutnya saya muat naik video itu ke laman sosial Facebook.

"Saya akui kesalahan yang telah saya lakukan kerana menularkan video tersebut," tulisnya.
Permohonan maaf Jejaka Sereng di akaun Facebooknya.

Dalam video berdurasi 43 saat itu, remaja lelaki berusia 15 tahun itu dilihat memukul ibunya beberapa kali di bahagian lengan, dan menerusi perbualan yang dapat didengar, ia berpunca daripada kegagalan remaja itu memperoleh wang daripada ibunya.

Turut dapat didengari adalah rayuan daripada nenek pelajar itu yang cuba meleraikan pertelingkahan.

Portal Harian Metro melaporkan, bapa remaja itu yang berusia 39 tahun telah membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan keluarga terutama anaknya, selepas penyebaran video itu.

Laporan itu juga menyebut, kedua-dua ibu bapa remaja itu tidak mahu sebarang tindakan diambil ke atas anak mereka, dan si ibu juga tidak mengalami sebarang kecederaan.



Sumber Video remaja pukul ibu, 'tukang viral' pula minta maaf

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wk03Mh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.