Hi! Welcome Back and Stay Tune! WSJ NASIHATKAN TRUMP AGAR TAK JUMPA ‘PEMIMPIN TERCEMAR’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WSJ NASIHATKAN TRUMP AGAR TAK JUMPA ‘PEMIMPIN TERCEMAR’

Wall Street Journal yang mencetuskan keberangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penyokong BN berhubung laporannya mengenai 1MDB, kini menjadikan lawatan pemimpin negara itu ke White House dan perjumpaan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai sasarannya.

Dalam rencana pengarangnya, WSJ mengingatkan pentadbiran Trump berhadapan risiko jika berjumpa dengan Najib.

Akhbar itu mendakwa Trump akan menyebabkan dirinya “dihina” dengan cara yang sama seperti Presiden Barack Obama, sebelum ini.

WSJ mendakwa bahawa “penghinaan” itu adalah dalam bentuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke dalam penjara hanya dua bulan selepas Obama bermain golf dengan Najib di Hawaii dan lawatan bersejarah presiden Amerika itu ke Malaysia pada April 2014.

Anwar berulang-kali mendakwa bahawa tuduhan meliwat terhadapnya direkayasa oleh saingan politiknya tetapi pihak berkuasa menafikannya.

WSJ berkata walaupun Najib boleh meningkatkan popularitinya dengan berjumpa dengan Trump, White House, bagaimanapun, tidak akan mendapat sebarang manfaat daripada mesyuarat itu, yang dijadualkan pada 12 Sept.

“Tidak jelas bahawa Trump dan Setiausaha Negara Rex Tillerson (yang melawat Malaysia bulan lalu) mendapat sebarang manfaat dengan menyekutukan diri mereka bersama seorang pemimpin yang sedang disiasat sendiri oleh Jabatan Keadilan (DOJ),” katanya.

Rencana pengarang itu juga mencadangkan beberapa alasan yang boleh digunakan untuk membatalkan perjumpaan berkenaan sekiranya Trump diberitahu bahawa sudah terlambat untuk membatalkanya.

“Amerika Syarikat boleh memberi alasan diplomatik menggunakan Taufan Harvey dan Irma ataupun sengketa kongres. Sebarang tindakan memalukan adalah lebih baik daripada memberi peluang kepada pemimpin yang tercemar bergambar di White House,” kata WSJ.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xSEzXI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.