Hi! Welcome Back and Stay Tune! Agnez Mo Tampil Seksi Dengan Kain Batik Indonesia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Agnez Mo Tampil Seksi Dengan Kain Batik Indonesia

Siapa yang tidak mengenali penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica yang telah memilih Agnez Mo sebagai nama pentasnya yang terbaru.

Dia juga turut tampil dengan penampilan yang segar daripada single barunya yang berjudul Long as I Get Paid.

Tidak perlu waktu yang lama, video klip terbaru itu menjadi trending nombor lapan di Youtube dengan hanya 20 jam memperoleh 1 juta tontonan dan sehingga kini mencecah 10 juta.

Biarpun masih tidak dapat menandingi video klip Taylor Swif Look What You Made Me Do, tetapi angka lapan masih dianggap terbaik kerana sudah setanding antarabangsa.

Dalam video tersebut Agnez terlihat menggunakan busana yang begitu menampakkan tradisi Indonesia tetapi diserlahkan dalam konsep yang moden.

Agnez tampil seksi dengan kain batik Indonesia yang tampak mewah. Padanan warna hitam dan emas membuatnya tampak glamor dengan cara yang tradisional.

Menurut Agnez dia ingin menjunjung tinggi budaya Indonesia tetapi dengan gaya moden supaya dapat diterima seluruh dunia.

Agnez juga berkata sengaja mencampurkan unsur tradisional dan moden dalam klip video terbarunya itu.
“Saya memang teringin mencampurkan unsur moden dan tradisional. Attitude tetaplah harus, walaupun tradisional, tapi ada dagger.

“Jadi sebab itu dalam klip video ini antara realiti dan fantasiboleh menjadi satu kan. Either fancy or reality, ” ujar Agnez.

Bagaimanapun, klip video itu mendapat kritikan oleh kerana gerak tari Agnez yang cukup berani dan ghairah.

Ada juga yang mengkritik video tersebut seolah-olah ‘Porn story’. Rata-rata berkata inginkan Agnez yang seperti dulu yang tidak terlalu seksi.

The post Agnez Mo Tampil Seksi Dengan Kain Batik Indonesia appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xljUKz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.