Mata Cinta hasil sentuhan sutradara baru
PENGARUH seni dari Korea tidak terhad kepada muzik sahaja, tetapi drama dan filem turut dapat sambutan menggalakkan di Asia Tenggara.
Fenomena itu secara tidak langsung berjaya mempengaruhi ramai anak muda terutamanya untuk mengikuti perkembangan selebriti dari negara terbabit.
Dan ia juga mempengaruhi bintang YouTube Shazreen Fazlynda untuk hasilkan mini siri, Mata Cinta yang diinspirasikan dari drama Korea.
Drama romantik komedi ringan 10 episod ini akan disiar eksklusif di www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 Oktober 2017 diterbitkan Red Communications Sdn Bhd.
Lebih mengujakan, drama mini Mata Cinta ini juga buat pertama kalinya menggandingkan dua pelakon berdarah kacukan sebagai teraju utama iaitu Che Puan Juliana Evans yang memegang watak Matahari dan pelakon baharu, Julien Buteau dengan watak Ariq Anaqi.
Turut menjayakan drama mini ini termasuklah Dynas Mokhtar sebagai Lydia, Sasha Saidin sebagai Cahaya, Che Puan Syamim Farid sebagai Ejay, Aush Abdul Wahid sebagai Maru, Adery Chin sebagai Joe, Peter Shahir sebagai Pengurus Watson dan Tati Ambia sebagai Datin Vanita.
Menurut Ketua Pemasaran Bahagian Melayu dan Gempak, Raja Jastina Arshad, pengaruh drama Korea membuka mata pihaknya untuk menayangkan hasil karya yang hampir sama.
“Pelakon yang dipilih juga tidak berlandaskan wajah semata-mata, tetapi mereka jalani uji bakat dan dipilih berdasarkan kesesuaian watak.
“Kami sedar pengikut portal online ini terdiri daripada mereka yang masih muda atau pun golongan ‘Malaynials’ jadi atas faktor itu kami tertarik untuk tayang Mata Cinta secara digital.
“Jadi kami berharap agar Mata Cinta mampu beri kepuasan dan kelainan,” jelasnya ketika ditemui pada sidang media drama mini bersiri Mata Cinta yang berlangsung di TGV One Utama, baru-baru ini.
Tambahnya, drama Mata Cinta diterbitkan dalam durasi pendek, kompak serta padat, yang mana durasi tayangan tidak melebihi tujuh minit bagi setiap episod.
“Ini bagi memudahkan pengguna menonton drama ini menerusi telefon bimbit mahupun komputer riba pada bila-bila masa termasuklah mereka yang tidak melanggan perkhidmatan Astro merentasi sempadan,” jelas Jastina lagi.
Drama mini Mata Cinta mengisahkan Matahari (Juliana) yang pulang bercuti dari England untuk menghabiskan cuti semester sementara menolong kakaknya, Cahaya (Sasha) menguruskan perniagaan salun rambut.
Sewaktu sedang membeli barang di Watsons, dia bertemu jurujual kacak bernama Anaqi (Julien). Di situlah bermula detik pengenalan mereka.
Bagaimanapun, ada sesuatu yang berlaku sehingga menyebabkan hubungan Anaqi dan Matahari makin renggang.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Mata Cinta yang bakal disiarkan di www.matacinta.com.my mulai 9 Oktober kelak.
The post Mata Cinta hasil sentuhan sutradara baru appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xmRQGK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment