Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan

SEKALIPUN terpalit dengan kontroversi, DBI Entertainment Sdn Bhd tetap akan meneruskan pementasan teater Kontena 404 di Istana Budaya.

Pengurus Besarnya, Lyana Zulkepli berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk tidak memikirkan mengenai perkara tersebut.

Tambahan pula, katanya, pementasan teater ini tidak dibiayai oleh Datuk Boy Iman yang juga salah seorang lembaga pengarah syarikat.

"Sememangnya, semua orang tahu atas nama DBI Entertainment adalah satu nama yang sedang ditularkan hari ini.

"Tapi, untuk pengurusan ini, kita tidak mendapat source daripada orang yang sedang ditularkan dan saya harap semua faham," katanya dalam sidang media pementasan teater tersebut, semalam.

Katanya, buat masa ini, pihaknya tidak dapat mendedahkan identiti individu yang menaja pembikinan teater tersebut yang dikhabarkan berjumlah kira-kira RM100,000.

"Selain dia (Boy Iman), kita juga ada lembaga pengarah yang lain. Cuma, kita terpaksa merahsiakan identitinya di atas permintaan pihak terbabit.

"Tapi, kita akan mengumumkan identitinya hanya pada hari akhir pementasan teater itu nanti.

"Jadi, walau apapun terjadi, pementasan teater ini tetap akan diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, setakat ini 45 peratus tiket sudahpun terjual," katanya.

Teater Kontena 404 diarahkan oleh Raja Azrey dan dibintangi oleh Tauke Jambu,  Miera Leyana, Adam AF, Izreen Azminda dan Rani Kulup serta bakal dipentaskan di Lambang Sari,  Istana Budaya pada 20 hingga 22 Oktober depan.



Sumber Pementasan Kontena 404 tetap diteruskan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xWub4a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.