Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Penyakit Berbahaya Ini Mudah Menjangkiti Mereka Yang Suka Berzina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Penyakit Berbahaya Ini Mudah Menjangkiti Mereka Yang Suka Berzina

Seks bebas merupakan seks yang dilakukan diluar ikatan pernikahan selalunya dengan ramai dan berlainan pasangan. Ia selalu dikaitkan dengan seks tanpa kondom tapi itu bukan satu-satunya jenis seks bebas.

Sesiapa yang melakukan seks dengan berlainan dan ramai pasangan terutamanya melibatkan pelacur mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit berbahaya ini. Penyakit-penyakit ini diklasifikasikan sebagai penyakit kelamin atau sexually transmitted disease (STD).

STD boleh menyebabkan kematian jadi berhati-hatilah ketika anda memikir untuk melakukan hubungan seks. Ini adalah salah satu faktor kenapa Islam mengharamkan zina.

5. Chlamydia

chlamydia

Penyakit ini tersebar melalui jangkitan ketika hubungan seks dilakukan melibatkan faraj, dubur ataupun seks oral. Namun, jika lelaki tidak menunjukkan apa-apa simptom, perempuan mungkin berkemungkinan untuk mengalami kesan daripada penyakit Chlamydia.

Simptom utama Chlamydia ialah sakit semasa kencing dan keluarnya cecair faraj (vaginal discharge) secara tidak normal. Jika tidak dirawat dalam jangka masa yang sesuai, ia dapat merosakkan sistem reproduktif sekali gus boleh menjejaskan peluang untuk wanita hamil

4. Gonorrhea

gonorrhea

Penyakit ini banyak dihidapi oleh remaja dalam lingkungan 15-24 dan menyebabkan pelbagai jenis jangkitan terutamanya di buah zakar, usus serta tekak.

Simptom utama ditunjukkan bagi lelaki adalah air kencing yang hangat ketika membuang air kecil, putih atau kuning selain merasa sakit di bahagian buah zakar. Kebanyakkan perempuan tidak menunjukkan apa-apa simptom atau mungkin merasa sedikit sakit ketika kencing selain cecair faraj yang banyak.

gonorrhea 2

Jangkitan di usus serta sakit, gatal dan dubur berdarah antara kesan gonorrhea. Ia patut dirawat dengan segera terutamanya perempuan kerana ia boleh menyebabkan tiup fallopian tersumbat, kemandulan serta kehamilan ektopik.

Bagi lelaki, anda boleh berasa sakit di buah zakar dan bagi kes-kes yang teruk, kemandulan. Ia boleh dirawat dengan antibiotik tapi perlu dirawat pada tahap awal.

3. Hepatitis

hepatitis

STD ini menyebabkan organ hati bengkak dan jika kes yang serius berlaku, ia boleh menyebabkan kematian. Jangkitan lebih kurang sama dengan virus HIV dan selalunya tersebar melalui cecair badan atau darah.

Anda boleh mendapat penyakit ini semasa melakukan seks bebas dengan orang yang dijangkiti penyakit ini atau berkongsi jarum ketika melakukan apa-apa suntikan.

hepatitis b 37059

Simptom utama termasuk loya, selalu muntah, demam serta air kencing berwarna gelap. Penyakit ini boleh menjadi lebih kronik dan tidak menunjukkan apa-apa kesan jelas. Ia juga boleh menyebabkan kanser hati.

Ia dicegah dengan pemberian vaksin sewaktu kecil lagi iaitu semasa kanak-kanak dan statistik menunjukkan kadar pencegahan yang sangat tinggi. Sesiapa yang tidak menerima vaksin terutama pasangan homoseksual, penagih dadah dan mereka yang hidup dalam ruang yang sama dengan orang yang dijangkiti mempunyai risiko tinggi.

2. Syphilis

syphilis

Penyakit ini sukar dikenal pasti kerana simptom utamanya tidak banyak ditunjukkan selain simptom ini dianggap kecil dan tidak ada apa-apa kesan. Antara tanda-tandanya ialah sakit yang kecil, luka kecil serta lembam kecil selalunya di bahagian kelamin atau mulut.

Tahap kedua melibatkan ruam yang tidak gatal di tapak tangan kaki serta bahagian lain di badan. Tahap ketiga juga dikenali sebagai laten boleh berkembang dalam masa beberapa tahun.

syphilis 2

Kebanyakkan simptom selalunya akan hilang tetapi jangkitan masih lagi boleh merebak ke seluruh badan menyebabkan kerosakan kepada banyak fungsi tubuh badan.

Masalah mental dan neurologi, penyakit jantung, buta seterusnya menyebabkan kematian merupakan akibat daripada syphilis. Ia sebaiknya dielakkan dengan mengelakkan melalukan seks bebas.

1. AIDS/HIV

aids 37043

STD ini merupakan penyakit paling berbahaya dalam sejarah STD dan antara penyakit paling berbahaya. Virus HIV ini tersebar dalam badan manusia menyebabkan penyakit AIDS. Jangan keliru, AIDS adalah penyakit manakala HIV adalah virus.

Ia boleh tersebar melalui cecair badan termasuk darah, cecair faraj, air mani, mazi serta susu payudara. Air liur dan peluh tidak menyebabkan HIV kerana ia hanya tersebar melalui seks.

hiv 37029

HIV tersebar melalui hubungan seks bebas dan perkongsian jarum dadah. Mereka yang melakukan seks melalui dubur mempunyai risiko tertinggi menyebabkan pasangan gay paling terdedah kepada virus ini. 

Ia dapat membunuh anda kerana HIV menyebabkan kerosakan kepada sistem imunisasi iaitu sistem yang melindungi badan kita daripada jangkitan kuman dan virus. Ini menyebabkan penyakit kecil seperti demam, atau jangkitan kecil tidak dapat dirawat oleh badan. Ya, tanpa sistem imunisasi, anda boleh mati kerana demam.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xZPb7W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.