Hi! Welcome Back and Stay Tune! Misi kemanusiaan Opick - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Misi kemanusiaan Opick

TERUS aktif menulis lagu, penyanyi lagu ketuhanan, Opick tampil dengan album terbarunya, ALLAH Bersamamu terbitan Tombo Ati Production serta diedarkan Monkey Bone dan PMP Entertainment.

Lebih istimewa, buah tangan ke-19 ini bertemakan kemanusiaan bahkan sumber inspirasinya daripada situasi yang berlaku di seluruh dunia antaranya penderitaan masyarakat Rohingya, Syria dan Palestin.

“Album ini banyak menceritakan perjalanan saya ke negara-negara bergolak. Saya melihat ramai masyarakat di sana mengalami episod duka dan derita yang berat.

“Saya ingin memberi semangat kepada mereka yang diuji agar ingat ALLAH sentiasa ada bersama kita. ALLAH tak pernah melupakan hamba-Nya walau apa pun keadaan mereka.

“Saya beritahu mereka, setiap kondisi lukamu hari ini adalah sajadah cinta kamu kepada ALLAH, deritamu adalah sajadah cintamu,” katanya kepada Media Hiburan.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Taubat ini juga mengakui bukan mudah untuk menghasilkan album tersebut kerana mahu memberikan sesuatu yang lebih segar dan bermutu.

“Kadangkala saya berhijrah ke Madinah dan Makkah untuk tinggal seketika. Di sana saya cari idea dan ilham untuk menulis lagu.

“Saya juga suka berjalan-jalan untuk melihat keadaan masyarakat, orang miskin dan bencana yang melanda. Ini semua pencetus idea untuk menghasilkan lagu,” katanya.

Atas faktor itu, Opick terpaksa mengambil masa selama lapan bulan untuk menyiapkan album yang memuatkan 10 lagu baru ini seperti Di Pintu CintaMu, ALLAH Bersamamu, Ku Temukan Cinta dan Kau Cahaya.

“Album ini sedih, tetapi kita semua punya ALLAH yang selalu bersama.

“Walaupun ia disampaikan dengan muzik yang lebih moden, tapi ia tak mengurangkan maknanya.

“Bagi saya, muzik itu hanya pakaian, manakala isinya pula adalah syairnya.

“Bisa pakai muzik apa pun, asalkan isinya untuk menyampaikan yang benar seterusnya mengajak ke arah kebaikan,” katanya yang sudah melancarkan album itu di Indonesia, sejak Jun lalu.

Pada masa sama, Opick dan satu pasukan khas bakal mengadakan aktiviti kemanusiaan mulai bulan depan.

“Alhamdulillah, saya akan ke Myanmar pada bulan depan selain ke Syria, Lubnan dan Jordan pada Disember depan.

“Insya-ALLAH, saya melalui Yayasan Tombo Ati akan menyalurkan derma buat masyarakat di sana hasil wang terkumpul daripada konsert yang diadakan.

“Dengan wang ini, saya akan membeli makanan dan ubat-ubatan buat mereka,” katanya.

Katanya, selain hasil kutipan tiket, dana juga diperoleh menerusi jualan pakaian seperti serban dan baju miliknya sendiri dalam siri konsert yang diadakan.

Selesa nyanyi lagu sendiri

Dalam pada itu, selain memiliki suara yang lunak, kekuatan Opick juga meliputi penghayatannya dalam menyampaikan bait-bait lagu.

Lebih menarik, setiap karyanya juga dilengkapi dengan melodi indah sekali gus mampu membuai perasaan pendengar.

Cukup sinonim dengan karya berkonsepkan religi, pemilik nama sebenar Aunur Rofiq Lil Firdaus ini juga lebih selesa menyanyikan lagu ciptaannya sendirinya.

Bukan mahu meninggi diri, sebaliknya selebriti berusia 43 tahun ini begitu menitikberatkan kepuasan diri agar penyampaian lagu tersebut dapat dirasai oleh peminat.

“Ketika di awal kemunculan, saya ada bekerjasama dengan beberapa rakan pemuzik tetapi akhirnya saya hanya bergerak sendiri.

“Saya belum pernah menyanyikan lagu orang lain. Bukan tak suka, cuma tak kena dengan jiwa saya.

“Nyanyian adalah tulisan hari-hari saya. Apa yang saya sampaikan adalah mimpi, luka, kegelisahan dan air mata saya kepada pendengar,” katanya.

Pun begitu, pelantun lagu Rapuh ini juga bersedia untuk menghasilkan lagu buat penyanyi lain sekiranya diminta.

“Saya juga menulis lagu buat orang lain, cuma ia bukanlah untuk penyanyi sembarangan.

“Lagipun, saya, kalau ada yang pesan untuk sesebuah lagu, ia ambil masa yang lama. Kadang-kadang, saya tak menulis (lirik) sebulan, dua atau tiga bulan. Tapi, ada juga yang sampai tiga tahun (ketawa).

“Susah sikit nak hasilkannya (lagu), saya perlu kenal penyanyinya,” katanya.

Sebelum ini, Opick pernah menghasilkan lagu Aku Bukan Malaikat nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.

The post Misi kemanusiaan Opick appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hU1ZZz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.