Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Ikat Leher Anak Guna Rantai Besi Kemudian Kunci Pada Tong Gas Dan Ditinggalkan Di Dapur Rumah Bersendirian.’ Anggota Tentera, Isteri Ditahan Kes Dera Anak.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Ikat Leher Anak Guna Rantai Besi Kemudian Kunci Pada Tong Gas Dan Ditinggalkan Di Dapur Rumah Bersendirian.’ Anggota Tentera, Isteri Ditahan Kes Dera Anak..


KUANTAN: Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes dera anak mereka berusia 10 tahun di Indera Mahkota, dekat sini, petang semalam lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata perbuatan itu terbongkar hasil maklumat awam dan pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

"Bapa kanak-kanak itu berusia 35 tahun adalah anggota tentera bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang. Hasil siasatan awal mendapati dia mengikat leher anaknya menggunakan rantai dan mengunci pada tong gas sebelum ditinggalkan di ruang dapur rumah.



"Polis cuba memasuki rumah itu melalui pintu depan, namun tidak berjaya kerana dikunci. Mereka kemudian ke bahagian belakang rumah dan ternampak kelibat kanak-kanak memakai seluar tanpa baju, terbaring tidak sedarkan diri," katanya, hari ini.

Beliau yang dihubungi semalam, berkata kanak-kanak itu masih bersekolah di sebuah sekolah rendah di Indera Mahkota.

Katanya, polis kemudian menghubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan kesan kecederaan pada bahagian leher akibat dirantai.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu hanya tidak ke sekolah kelmarin dan bapanya yang gagal menahan marah, dipercayai bertindak di luar batasan dengan menghukum anaknya itu.

Abdul Aziz berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

Sumber: Mynewshub


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y0ALV7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.