Hi! Welcome Back and Stay Tune! Catatan perjalanan dan itinerary ke Melbourne pada musim sejuk (Bh 2) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Catatan perjalanan dan itinerary ke Melbourne pada musim sejuk (Bh 2)

Bagi anda yang berhasrat untuk melancong ke Melbourne satu hari nanti, anda boleh rujuk artikel Melbourne (Bh 1) sebagai tips dan panduan persediaan sebelum anda ke sana. 

Okay, ini merupakan artikel bahagian 2. Untuk bahagian 2 ini, saya akan kongsikan pengalaman, itinerary dan segala perbelanjaan kami berdua sepanjang 7 hari di Melbourne. 

Flight dari KL ke Melbourne mengambil masa 8 jam dan perbezaan waktu di sana dengan Malaysia adalah 2 jam. Kami berlepas pada pukul 10.30 malam dan dijangka tiba di sana pada pukul 8.30 pagi waktu Melbourne. 

good morning melbourne

DAY 1 (18 OGOS 2017)

Destinasi :

  1. Tullermarine Airport
  2. Southern Cross Station
  3. Check-in City Edge Apartment
  4. IGA Richmond
  5. Collingwood
  6. Fitzroy
  7. Coles Supermarket
  8. Chemist Warehouse

melbourne airport itinerary melbourne

Kami tiba di Tullermarine Airport pada pukul 8.30 pagi, terus bergegas untuk mengambil bagasi dan beratur untuk pemeriksaan lanjut oleh pihak imigresen serta kastam. Di sini akan mengambil masa lebih kurang satu jam. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Setelah selesai semua, pertama sekali nak buat adalah membeli simkad. Kami memilih untuk membeli simkad Optus yang berharga AUD20 termasuk tambah nilai.

Seterusnya, kami menuju keluar ke kaunter tiket SkyBus untuk membeli tiket ke Melbourne City di mana kami akan menginap di City Edge Apartment yang terletak di East Melbourne. Harga tiket SkyBus adalah AUD19 seorang dan bas akan berhenti di Southern Cross Station. Perjalanan dari Tullermarine Airport ke Melbourne City adalah lebih kurang setengah jam bergantung dengan keadaan trafik.

skybus itinerary melbourne

Setibanya di stesen bas nanti, anda boleh membeli kad MyKi di kedai 7E yang berharga AUD6 untuk satu kad seorang dan kami topup AUD20. Fungsi kad MyKi adalah seperti kad Touch N Go dan ia boleh diguna untuk menaiki public transport di sana. Kemudian, kami menuju keluar untuk mencari tram stop terdekat. 

southern cross station itinerary melbourne

Kali pertama dapat jejak kaki di Melbourne, rasa seronok sangat sebab rakyat di sini memang friendly dan suka menolong tourist. Mungkin ini merupakan budaya mereka untuk menyambut kedatangan tourist yang datang ke sini. Patutlah ramai orang luar ingin menetap di sini disebabkan layanan mesra yang diberikan oleh mereka memang tip-top dan gaji pun masyuk! 

city edge apartment itinerary melbourne

Akhirnya, kami pun tiba di apartment dan disebabkan kami tiba lebih awal dari waktu check-in, kami harus menyimpan semua beg di dalam stor dahulu selepas berjumpa dengan receptionist. Waktu check-in di sini adalah pukul 2.30 petang. Jadi, sementara menunggu nak check-in kami keluar ke kedai serbaneka IGA berdekatan untuk membeli air dan jalan-jalan di Melbourne CBD.

melbourne cbd itinerary melbourne

Selepas selesai check-in, kami terus memasak. Menu kami simple sahaja setiap hari seperti nasi goreng, roti sardin dan pasta. Janji kenyang! Jam 4 petang baru kami bersiap untuk keluar jalan-jalan sekitar Richmond, Collingwood dan Fitzroy. Di Fitzroy, kami sempat singgah di Coles Supermarket seperti Tesco. Barang-barang di sini sangat murah dan banyak juga makanan Asian yang dijual. Memang berbaloi kalau beli groceries di sini. Kami juga pergi ke Chemist Warehouse yang sama seperti Watsons dan di sini ada banyak minyak wangi berjenama yang murah. 

collingwood itinerary melbourne

Berikut merupakan jumlah perbelanjaan untuk DAY 1 kami:

  • Simkad Optus = AUD40
  • Tiket SkyBus = AUD38
  • Kad MyKi = AUD52
  • Roti putih =AUD2.99
  • Telur (6) = AUD2.49
  • Mineral (600ml) = AUD1.00
  • Instant laksa = AUD1.00
  • Jus oren (500ml) = AUD3.00
  • Stokin tebal = AUD7.90
  • Universal adapter = AUD25

[JUMLAH = AUD173.38]

DAY 2 (19 OGOS 2017)

Destinasi :

  1. Federation Square 
  2. Queen Victoria Market 
  3. RMIT University
  4. Melbourne Central
  5. State Library of Victoria
  6. QV Mall
  7. University of Melbourne

richmond itinerary melbourne

Untuk rutin harian, kami akan menyediakan makanan sendiri seperti nasi goreng, sardin dan pasta. Roti sardin kami dapat jadikan sekali sebagai bekalan tengah hari. Memang jimat! Selepas sarapan, kami bergerak keluar ke tram stop terdekat dan kami singgah di Federation Square dahulu untuk ke Visitor Information Centre. Di VIC ini, kami survey harga tours package yang berbaloi dan ada tiga pilihan seperti di dalam artikel Melbourne (Bh 1).

fd itinerary melbourne 36m61

Akhirnya, kami memilih tours package Alzburg ke Mt. Buller kerana sangat murah berbanding tours yang lain iaitu hanya AUD75 seorang. Pakej ini termasuk free toboggan juga. Jadi, memang sangat berbaloi kerana kami hanya perlu menyewa walking boots berharga AUD17 sepasang dan membeli lift passes AUD23 untuk melihat pemandangan dari atas Mt. Buller. Kami akan ke Mt. Buller pada hari ke 5.

Seterusnya, kami menaiki City Circle untuk menuju ke Queen Victoria Market iaitu pasar tertua yang popular dan sememangnya tempat yang WAJIB dikunjungi jika anda ke Melbourne. Di sini jugalah tempat untuk anda membeli segala souvenir untuk keluarga mahupun rakan-rakan anda. Rambang mata! 

qvm itinerary melbourne 1

qvm itinerary melbourne 2

qvm itinerary melbourne 3

Untuk pengetahuan anda, pasar ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu fresh produce (indoor) seperti buah-buahan dan sayur-sayuran manakala bahagian lain adalah untuk specialty shopping (outdoor) seperti baju, beg dan macam-macam lagi. Pasar ini memang besar dan harga barang di sini pun murah.

qvm itinerary melbourne 4

qvm itinerary melbourne 5

Waktu operasi Queen Victoria Market anda boleh rujuk di QVM trading hours.

TUTUP : Isnin & Rabu

Jadi, sila atur itinerary anda dengan betul supaya tidak membuang masa jika anda datang sewaktu pasar ini tutup.

queen victoria market itinerary melbourne

Selepas itu, kami ke State Library of Victoria. Terpukau ketika melihat library Melbourne ini kerana ia kelihatan klasik dan sememangnya sungguh besar dan cantik! Kami seronok duduk depan library ini sebab boleh tengok burung-burung berterbangan dekat dengan kita selain dapat lihat gelagat pengunjung dari luar juga. Kami tidak masuk ke dalam library kerana terlalu ramai pengunjung ketika itu. state library of victoria itinerary melbourne

Jadi, kami terus ke QV Mall yang terletak bersebelahan sahaja dengan library. Tujuan utama kami ke QV adalah untuk berjumpa dengan rakan yang telah menetap di sini hampir 5 tahun. Kemudian, kami dinner di Pappa Rich QV ini. Makanan di sini memang sedap dan harga pun okay. Jadi, tidak hairanlah jika Pappa Rich popular di Melbourne kerana ia menyediakan menu makanan Asian yang sesuai dengan cita rasa penduduk di Melbourne,

federation square night itinerary melbourne

Seterusnya, kami jalan-jalan ambil angin malam dari Federation Square ke sekitar Yarra River hingga ke South Wharf. Suasana malam di sini sangat best! Layan angin sejuk sambil tengok busking, kemudian terus bergerak balik ke apartment.

yarra river night itinerary melbourne 1

yarra river night itinerary melbourne 2

Berikut merupakan jumlah perbelanjaan untuk DAY 2 kami:

  • Mt. Buller tours package = AUD150
  • Walking boots = AUD34
  • Lift passes sightseeing 1 ride only = AUD46

[JUMLAH = AUD230]

DAY 3 (20 OGOS 2017)

Destinasi :

  1. Flinders St. Station
  2. Sunbury Station
  3. Bendigo Station
  4. Alexandra Fountain
  5. Rosalind Park
  6. Bendigo Town Hall
  7. Soldiers Memorial Institute Military Museum
  8. Southern Cross Station
  9. Melbourne CBD

flinders street station itinerary melbourne

Okay, harini kami ingin ke Bendigo yang berada jauh dari Melbourne City. Bendigo merupakan bandar bersejarah yang dahulunya kaya dengan emas. Kami bergerak keluar dari apartment agak lewat sedikit dan menaiki Metro train dari Flinders St. Station pada pukul 12 tengah hari untuk ke Sunbury Station. Di Sunbury, kami topup kad MyKi AUD20 seorang menggunakan mesin yang disediakan. Kemudian, dari Sunbury Station akan terus ke Bendigo Station. Perjalanan kami mengambil masa dalam 2 jam.

flinders st station itinerary melbourne

Jadi, plan kami harini memang sengaja untuk ke Bendigo sahaja sebab teringin nak menaiki train. Bukan apa, kami nak juga menikmati pemandangan biru dan hijau sepanjang perjalanan. Setibanya di Bendigo, kami terus berjalan kaki menuju ke Rosalind Park dan sekitarnya. Okay, dari sini sudah boleh melihat Alexandra Fountain yang merupakan landmark Bendigo. Kemudian, kami ke Bendigo Town Hall iaitu bangunan lama seperti pejabat pos, galeri seni dan juga mahkamah. Di sini juga terdapat Soldiers Memorial Institute Military Museum tetapi sedang dalam renovation. Jadi, kami hanya dapat melihat monument di luarnya sahaja.

alexandra fountain itinerary melbourne

bendigo city itinerary melbourne

Dari segi pemerhatian kami, Bendigo memang masih mengekalkan seni bina lama yang sedia ada. Oleh sebab itu, Bendigo City kelihatan unik dan klasik dengan adanya juga old tram yang masih berfungsi. Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik yang anda boleh pergi sekitar Bendigo ini dan ada banyak sejarahnya yang tersendiri. Namun, disebabkan kami kekangan masa dan tidak mahu terlalu lewat tiba di Melbourne City maka kami hanya pergi ke tempat yang dekat sahaja dari Bendigo Station.

bendigo town hall itinerary melbourne

drinking fountain itinerary melbourne

bendigo old tram itinerary melbourne

Lewat 5 petang, kami terus bergerak pulang dari Bendigo Station ke Southern Cross Station. Seterusnya, kami jalan-jalan sekitar Melbourne CBD dan singgah sebentar membeli hot chocolate di Gloria Jean's disebabkan cuaca semakin sejuk ketika itu. Memang nikmat dapat minum hot chocolate waktu malam dengan cuaca sejuk macam ni! Kemudian, kami terus pulang ke apartment untuk packing segala barang kami kerana esoknya kami akan check-out. Jadi, tidaklah rasa kelam kabut nanti.

gloria jean s itinerary melbourne

Berikut merupakan jumlah perbelanjaan untuk DAY 3 kami:

  • MyKi topup = AUD40
  • Potato chips = AUD3.28
  • Hot chocolate = AUD21.20

[JUMLAH = AUD64.48]

DAY 4 (21 OGOS 2017)

Destinasi : 

  1. Check-out City Edge Apartment
  2. Check-in Mantra St. Kilda Road Apartment
  3. Shrine of Remembrance
  4. St. Kilda
  5. Esplanade
  6. Luna Park
  7. Palas Theatre
  8. St. Kilda Beach
  9. St. Kilda Pier
  10. St. Kilda Breakwater
  11. Royal Melbourne Yacht Squadron
  12. IGA South Yarra

Oleh disebabkan sudah 3 malam kami menginap di apartment yang berdekatan dengan Melbourne City, kami ingin menginap di St. Kilda pula untuk 3 hari lagi. Untuk pengetahuan anda, waktu untuk check-out adalah pukul 10 pagi tau! Kalau lewat, anda akan dikenakan caj tambahan. Nasib baik kami sudah bersiap awal dan receptionist pun datang ke bilik kami untuk inform kami walaupun waktu itu kami sudah lewat setengah jam. Alhamdulillah, tiada sebarang caj tambahan dikenakan.

Tanpa membuang masa, kami terus turun check-out dan keluar menuju tram stop terdekat untuk ke St. Kilda. Cuaca agak dingin sedikit disebabkan hujan pada pagi tersebut. Jadi, lebih baik anda check cuaca dahulu sebelum ingin ke mana-mana melalui apps weather supaya anda boleh aturkan aktiviti anda dengan mudah. Kalau hujan sepanjang hari memang tak best lah untuk bergambar kan. 

mantra apartment itinerary melbourne 1

mantra apartment itinerary melbourne 2

Selepas check-in Mantra St. Kilda Apartment, kami terus berehat untuk lunch. Shrine of Remembrance berada dekat dengan apartment kami di St. Kilda Road. Jadi, boleh berjalan kaki sahaja untuk ke sana. Dalam pukul 3 petang, saya keluar sendirian menuju ke St. Kilda Beach dengan menaiki tram ke Esplanade kemudian berjalan kaki sahaja menuju ke pantai. Luna Park dan Palas Theatre hanya bersebelahan. Kalau anda ingin masuk ke dalam Luna Park, pastikan anda pergi hari weekend atau public holiday kerana ia beroperasi pada waktu itu sahaja.  

st kilda beach itinerary melbourne 1

luna park and palas theatre itinerary melbourne

Best juga sebenarnya jalan sesorang ambil angin sambil tenangkan fikiran tengok laut kan. Kawasan di pantai ini memang sangat dingin dan angin juga kuat. Memang layan lah segala perasaan yang terbuai waktu itu. Paling best masa bersiar-siar di St. Kilda Pier sebab boleh menikmati keindahan Melbourne City dari jauh. St.Kilda Pier ini ibarat tempat beriadah bagi penduduk di sini. Ada yang berjoging, berbasikal dan lain-lain. Anda juga boleh melihat banyak bot-bot kecil yang menarik.

st kilda pier itinerary melbourne 1

st kilda pier itinerary melbourne 2

st kilda pier itinerary melbourne 3

st kilda pier itinerary melbourne 4

Sambil duduk menunggu sunset, bolehlah tengok orang memancing dan mendengar bunyi kicauan burung-burung yang berterbangan waktu itu. Cantik sangat! Dah jatuh cinta dengan St. Kilda Pier!  

st kilda pier itinerary melbourne 5

rmys itinerary melbourne

st kilda pier itinerary melbourne 6

Untuk pengetahuan anda, bermula waktu senja anda sudah boleh melihat gelagat penguin yang akan muncul di sekitar St. Kilda Breakwater. Tiada bayaran dikenakan tetapi anda tidak boleh menggunakan flash kamera ketika mengambil gambar mahupun video. Di sini, terdapat guard yang akan mengawasi setiap pergerakan kita dan banyak juga CCTV yang ada. Jadi, sila behave ya! 

st kilda breakwater itinerary melbourne

st kilda beach itinerary melbourne 2

Selesai melihat sunset, terus pulang dan menuju ke South Yarra untuk membeli groceries. Sebenarnya, sesat juga ketika mencari kedai berdekatan disebabkan salah menaiki tram tetapi akhirnya berjaya misi untuk membeli groceries walaupun jauh. Adventure katakan! Sesorang berjalan waktu malam, tipulah kalau cakap tak takut tetapi beranikan diri juga. Alhamdulillah selamat.

Sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman baru apabila berada di negara orang. Jangan gelabah kalau tersalah tram atau sesat okay. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Kemudian, sila check Google Maps semula. In shaa Allah selamat kembali ke jalan yang benar. 

st kilda pier itinerary melbourne 7

Berikut merupakan jumlah perbelanjaan untuk DAY 4 kami:

  • Roti putih = AUD3.31
  • Telur (6s) =AUD2.49
  • Mineral (1.5L) = AUD0.70
  • Potato chips = AUD1.64
  • Cadbury Drinking Chocolate = AUD8

[JUMLAH = AUD16.14]

DAY 5 (22 OGOS 2017)

Destinasi :

  1. Federation Square
  2. Alzburg Resort
  3. Mt. Buller

fd itinerary melbourne

Hari yang ditunggu-tunggu telah kunjung tiba. Winter in Melbourne! Teruja sangat nak main snow sebenarnya. Kami bangun awal dalam pukul 3 pagi untuk bersiap dan breakfast. Kemudian, disebabkan tiada tram beroperasi pada awal pagi kami terpaksa mencari teksi menggunakan apps 13CABS. Kalau nak guna Uber pun boleh juga tetapi Uber menerima kad kredit sahaja.

Dari St. Kilda ke Federation Square lebih kurang dalam 15 minit. Kami tiba di sana pada pukul 5 pagi. Sejuk sangat waktu itu sampai tak dapat nak bayang kalau sampai di Mt. Buller nanti sejuk macam mana. Untuk Alzburg tours ini, bas akan pick up dan drop anda di FS ini. Ramai juga tourist yang join tours Mt. Buller harini.

Perjalanan ke Mt. Buller mengambil masa dalam 3 jam juga. Sepanjang perjalanan ini, yang paling risau adalah masa melalui jalan yang berkabus tebal. Kalau kena drive sendiri memang tak berani. Kami tiba di Alzburg Resort pada pukul 8.30 pagi. Di sini suhu adalah negatif tau! Menggigil juga tubuh ini walaupun sudah memakai pakaian yang tebal.

alzburg resort itinerary melbourne

Okay, resort ini merupakan perhentian untuk para penumpang mengambil peralatan ski yang disewa selain walking boots, gloves dan banyak lagi yang anda boleh rujuk di Alzburg.com. Mereka juga akan memberi peta kecil Mt.Buller kepada kita sebagai rujukan. Mohon pakai pakaian yang berkalis air okay supaya tidak basah disebabkan ais salji nanti.

lift passes and map mt buller itinerary melbourne

Untuk memanaskan badan, kami sempat membeli hot chocolate di kafe Alzburg. Sedap sangat! Setelah selesai mengambil barang semua, kami terus menaiki bas dan menuju ke Mt. Buller. Jangan sesekali tidur sebab pemandangan semasa menaiki gunung ini sangat memukau mata anda! Gunung-ganang yang dilitupi salji putih. SubhanAllah! Pertama kali dapat tengok gunung bersalji depan mata.  

mt buller itinerary melbourne 1

Pukul 10.30 pagi kami tiba di Mt. Buller. Kami akan berada di sini selama 6 jam untuk bermain toboggan dan menerokai Mt. Buller. Suhu di sini 0 darjah celcius tetapi tidak berasa sejuk sangat kerana matahari memang tegak atas kepala. Bersedia untuk sunburn lah kita! Alhamdulillah cuaca hari ini sunny. Memang best nak main salji waktu ini. Gambar-gambar pun lawa sebab lighting sangat superb!  

mt buller itinerary melbourne 2

toboggan mt buller melbourne

Toboggan ni lebih kurang macam gelongsor lah. Best memang best tetapi penat teruk sebab kena naik turun bukit. Yang seronoknya masa turun sahaja. Yang seksanya kena naik atas semula. Semput! Percayalah secara automatik anda akan ketagih juga untuk bermain berulang-kali. Bukan selalu dapat jadi macam kanak-kanak ribena kan? 

toboggan itinerary melbourne

Dah penat main toboggan, kita buat snowman lah! Rugi kalau tak buat sebab bukan selalu dapat jumpa salji. Kami siap bawa carrot untuk hidung Olaf. Comel kan cuma pendek sebab tak sanggup nak pegang ais lama-lama. Ingat senang nak buat?

snowman itinerary melbourne

Selepas puas bermain semua, kami berehat untuk lunch bekalan roti sardin kami. Kemudian, terus bergerak ke Northern Express untuk menaiki chair lift ke puncak gunung. Gayat sangat! Nak ambil gambar pun tak berani nak pegang handphone. Pemandangan memang sangat memukau mata dan hati kita.

northern express itinerary melbourne

chair lift mt buller itinerary melbourne

ski mt buller itinerary melbourne

Dekat atas puncak ini, ramai yang bermain dan berlatih ski. Bolehlah cuci mata tengok mereka bermain tetapi hati-hati takut terlanggar sesama sendiri. Kami berada di puncak ini selama 2 jam. Tidak kisah sama ada anda nak baring, duduk, melompat atau meniarap untuk menikmati pemandangan tetapi mohon jangan menghalang laluan.  

mt buller itinerary melbourne 3

mt buller itinerary melbourne 4

Seterusnya, kami turun semula menaiki chair lift. Okay, rupanya waktu turun lagi cantik pemandangannya. Kami hanya mampu melihat sahaja tanpa bergambar sebab lagi rasa gayat! Tetapi, tidak mengapa dengan harapan memori indah ini akan sentiasa terpahat di hati kami. Tepat pukul 4 petang kami bergerak pulang ke Melbourne City. Time to sleep! 

mt buller itinerary melbourne 5

Berikut merupakan jumlah perbelanjaan untuk DAY 5 kami:

  • Teksi (dari Mantra St. Kilda ke Federation Square) = AUD14
  • Hot chocolate = AUD3

[JUMLAH = AUD17]

DAY 6 (23 OGOS 2017) 

Destinasi :

  1. Docklands
  2. Victoria Harbour
  3. Etihad Stadium
  4. Waterfront City
  5. Harbour Town Melbourne Outlets
  6. Melbourne Star Observation Wheel
  7. DFO South Wharf
  8. Melbourne Exhibition Centre
  9. Eureka Skydeck 88
  10. Southgate
  11. Blok M 
  12. H&M
  13. Melbourne Town Hall
  14. St. Kilda Breakwater

Hari ini merupakan hari terakhir kami akan berada di Melbourne. Jadi, kami plan untuk jalan-jalan sekitar Docklands dan Melbourne CBD untuk bertemu dengan rakan di sana. Untuk pengetahuan anda, Docklands pernah menjadi kota pelabuhan terbesar dan tersibuk di Melbourne suatu ketika dahulu. Kini, Docklands merupakan satu projek kerajaan yang masih dalam pembinaan untuk pembaharuan sebagai bandar terbesar di Australia.

etihad stadium itinerary melbourne

docklands harbour itinerary melbourne

docklands itinerary melbourne

Kami menaiki tram dan turun di Etihad Stadium yang berhadapan dengan Victoria Harbour. Pelabuhannya memang sangat cantik dan bersih. Banyak feri kecil di tepi pelabuhan. Di sini juga anda boleh melihat banyak bangunan unik yang masih dalam pembinaan dan Melbourne Observation Wheel yang kelihatan dari jauh. Seterusnya, kami berjalan kaki menuju ke Waterfront City dan berjumpa dengan rakan di Harbour Town Melbourne Outlets. Kami lepak di kafe Gloria Jean's.

melbourbe star observation wheel itinerary melbourne

Kami turut pergi ke tempat shopping popular di Melbourne iaitu DFO (Direct Factory Outlets) South Wharf yang terkenal dengan jualan murah bagi barangan berjenama. Siapa yang ingin ke Melbourne hanya untuk shopping sahaja bolehlah datang ke sini nanti. DFO ini terletak bersebelahan dengan Melbourne Exhibition Centre. Jadi, anda hanya perlu menyusuri Yarra River sahaja. Southgate dan Eureka Skydeck 88 juga berada di sekitar sini sahaja. Memang banyak tempat anda boleh pergi di kawasan Yarra River ini.

yarra river itinerary melbourne

Kemudian, kami lunch di Blok M iaitu sebuah restoran makanan Indonesia. Di sini memang sangat sedap dan murah juga. Anda boleh cuba ke sini nanti. Memang puas sebab dapat makan pedas! Selepas makan, kami jalan-jalan melalui H&M dan sekitar Melbourne CBD. Bangunan H&M di sini adalah yang terbesar dan ia masih mengekalkan seni bina lama. Kami juga sempat singgah di kedai souvenir yang terletak berhampiran dengan Melbourne Town Hall.

h m itinerary melbourne

Setelah penat berjalan, terus pulang ke apartment dan mula packing barang disebabkan esok awal pagi sudah kena berangkat pulang ke Malaysia. Selesai semua, kami ingin melihat penguin di St. Kilda Breakwater. Jadi, kami menaiki tram ke sana dalam pukul 8.30 malam. Agak lewat sebenarnya tetapi teruskan juga sebab ingin merasai angin malam di sekitar St. Kilda Beach.

penguin st kilda itinerary melbourne

Sampai sahaja di St. Kilda Pier, dari jauh dah dapat dengar bunyi penguin! Akhirnya, dapat juga tengok penguin and the gang depan mata walaupun kurang jelas sebab gelap. Dalam pukul 10 malam kami terus pulang ke apartment.

st kilda beach itinerary melbourne

Berikut merupakan jumlah perbelanjaan untuk DAY 6 kami:

  • Iced chocolate = AUD5.70x2 = AUD11.40
  • Souvenir = AUD32

[JUMLAH = AUD43.40]

DAY 7 (24 OGOS 2017) 

Destinasi : 

  1. Southern Cross Station
  2. Tullermarine Airport
  3. KLIA2

Hari yang sedih bagi kami sebab dah kena balik Malaysia. Kami check-out dari Mantra Apartment pada pukul 4.30 pagi. Kemudian, kami menaiki teksi untuk ke Southern Cross Station. Okay, dekat SCS sinilah berlaku satu drama pahit bagi kami kerana tidak dapat membeli tiket SkyBus untuk ke Melbourne Airport melalui kaunter. Kaunter tutup! Sepatutnya kaunter memang beroperasi 24 jam.

Ada beberapa orang tourist lain juga yang mengalami nasib seperti kami. Tiket hanya boleh dibeli di mesin tiket yang menerima kad kredit sahaja. Rasa kelam-kabut waktu itu sebab kami mengejar flight 8.30 pagi. Waktu itu dah hampir pukul 6 pagi. Nak check-in baggage lagi mesti ambil masa yang lama untuk beratur. Jadi, terpaksa juga menggunakan kad kredit. Bukan tak nak guna pada mulanya, cuma caj agak mahal lah. Jadi, sila bawa kad kredit anda untuk tujuan emergency begini.

Akhirnya, selamat juga tiba di Tullermarine Airport. Sekian, berakhirlah sudah cerita kami di sini. 

itinerary melbourne

Berikut merupakan jumlah perbelanjaan untuk DAY 7 kami:

  • Teksi (Mantra St.Kilda ke Southern Cross Station) = AUD17
  • Tiket SkyBus = AUD38

[JUMLAH = AUD55]

perbelanjaan 7 hari di melbourne

JUMLAH PERBELANJAAN dari DAY 1 hingga DAY 7 = AUD599.40 = AUD299.70/pax

Per pax = AUD299.70 = RM995.71 (currency RM3.32)

Memang cukup sahaja bajet kami sebanyak AUD300/RM1,000 seorang sebagai duit belanja di sana. Kalau anda seorang yang gemar shopping, pasti lebih dari apa yang kami belanjakan untuk seminggu. Ini belum termasuk harga tiket flight dan penginapan. Kalau all-in seorang dalam RM2,500 juga. Ikut keselesaan anda macam mana. Setiap orang berlainan cita rasanya kan.

Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan. Jadi, sepanjang seminggu di Melbourne ini memang banyak pengalaman manis dan pahit yang kami dapat. Yang pasti, dapat pengalaman berharga! Harap satu hari nanti dapat ke sini lagi. Banyak lagi tempat yang kami belum sempat pergi disebabkan kekangan masa dan wang. Sekian, ini sahaja perbelanjaan dan itinerary kami selama 7 hari 6 malam di Melbourne. Jumpa lagi Melbourne!

Pautan :

1. Panduan persediaan sebelum melancong ke Melbourne



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xZuTeB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.