Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyebab Masalah Keputihan Kemaluan Wanita Dan Cara Merawatnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyebab Masalah Keputihan Kemaluan Wanita Dan Cara Merawatnya

Penulisan ini ditulis Dr. Muhammad Izzat, seorang Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. 



keputihan tak normal

‘Keputihan’ adalah masalah yang sering melanda kaum wanita. Penyebab utama dikenalpasti adalah disebabkan oleh kulat candida albicans. Keputihan yg disebabkan oleh kulat ini dinamakan sebagai vulvovaginal candidaisis.

Masalah ini kerap berlaku pada gadis dan wanita dewasa. Gejala-gejala yang biasa dilaporkan adalah - kemaluan berasa teramat gatal, kadang-kadang bahagian luar kemaluan kemerah-merahan, cairan kemaluan faraj banyak berketul-ketul berwarna putih menyerupai susu basi. Juga ada yang melaporkan semasa hubungan kelamin berasa tidak selesa dan sakit.

keputihan

Candida albicans ini adalah kulat yang normal berada dalam alat kelamin wanita dan selalunya tidak lah menimbulkan masalah. Gangguan hanya akan ada jika berlaku ketidakseimbangan populasi flora dalam vagina, menyebabkan pertumbuhan kulat ini menjadi terlampau banyak dan menimbulkan masalah pula.

Penyebab keputihan

Apa yang bole menganggu-gugat ekosistem dalam vagina?

  1. Membasuh vagina dengan pencuci feminin/wanita
  2. Membasuh vagina dengan sabun secara berlebihan.
  3. Pengambilan antibiotik secara berlebihan
  4. Kencing manis
  5. Stress
  6. Kehamilan/datang haid
  7. Vaginal douching
  8. Meruang

Berlakunya perubahan pH pada bahagian faraj sekaligus menyebabkan perubahan flora pada faraj.

bahaya keputihan

Rawatan keputihan

  1. Ubat antikulat - ubat dimasukkan ke dalam faraj ( vaginal pessary )
  2. Hindarkan dari guna pencuci feminin/wanita
  3. Hindarkan dari menggunakan sabun pada bahagian faraj
  4. Menjaga kebersihan faraj supaya kekal bersih dan kering
  5. Elakkan pakaian dalam yang ketat dan tidak menyerap peluh

Jangan malu berjumpa gynae jika masalah keputihan membelengu diri anda.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ytHCsT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.