Pengamal media Terengganu tawan puncak Rante Mario
Dalam ekspedisi yang dinamakan Terengganu De Latimojong itu, jurukamera Yusof Mohd Ali dan wartawan Nur Fazlizai Ali berjaya merealisasikan misi tersebut bersama 10 pengamal media lain dari pelbagai agensi di Terengganu.
Mengharungi perjalanan menaiki bas dan berhimpit dalam lori kira-kira 11 jam ke Desa Karangan, ketahanan mental dan fizikal merupakan kekuatan sebelum memulakan misi pendakian pada Selasa lepas.
Dengan kesungguhan dan semangat berpasukan, kesemua 12 peserta berjaya menawan puncak gunung setinggi 3,478 meter pada keesokkan harinya yang memakan masa 31 jam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu merangkap ketua ekspedisi, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, beliau memikul tanggungjawab besar bagi memastikan kesemua peserta berada dalam keadaan selamat.
"Bukan mudah untuk mengendalikan 11 peserta pendakian ini kerana ada di antara mereka tidak mempunyai pengalaman dengan aktiviti pendakian altitud tinggi."Namun dengan semangat berpasukan dan kerjasama, kesemua pendaki berjaya mengharungi cabaran," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Bagi Yusof, pengalaman merakam gambar sambil mendaki bukan sesuatu perkara mudah untuk dilakukan kerana terpaksa meredah laluan berliku dengan suhu yang mencecah empat darjah celcius.
"Pengalaman memikul kelengkapan penggambaran dengan memanjat laluan curam kira-kira 80 darjah bukan satu yang mudah. Namun, berkat keazaman ingin merakam gambar terbaik saya berjaya mengharunginya," katanya.
Bagi juruhebah Terengganu FM, Marina Ahmad berkata, aktiviti pendakian merupakan satu aktiviti mencabar selain memerlukan ketahanan fizikal, mental dan stamina yang tinggi.
Marina yang merupakan antara pendaki Everest wanita pertama negara juga kagum dengan semangat yang ditunjukkan rakan media lain sepanjang ekspedisi itu walaupun terpaksa mengharungi kira-kira 11 jam perjalanan untuk sampai ke Desa Karangan.
Sejarah media Terengganu terpahat di Gunung Latimojong yang terletak di daerah Kabupaten Enrekang 351km dari Bandar Makassar, Sulawesi Selatan selepas berjaya menawan puncak tersebut pada 4 Oktober lepas kira-kira jam 12 tengah hari.
"Namun dengan semangat berpasukan dan kerjasama kesemua pendaki kita berjaya harunginya selepas merentasi pelbagai cabaran dan halangan," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Bagi jurukamera Astro AWANI, Yusof Mohd Ali merakam gambar sambil mendaki bukanlah perkara yang mudah untuknya dengan terpaksa meredah laluan berliku dengan suhu yang mencecah empat darjah celcius.
"Selain ingin merakam gambar yang terbaik dengan peralatan dan bebanan yang dipikul serta terpaksa memanjat laluan yang mencecah 80 darjah ketinggian," katanya.
Juruhebah Terengganu FM, Marina Ahmad berkata walaupun telah lama berjinak dalam aktiviti pergunungan ini namun misi yang terpikul di bahu para media ini bukannya mudah.
Pendaki Everest wanita pertama negara itu berkata selain terpaksa mengharungi laluan yang berliku para pendaki juga perlu berperang dengan keadaan cuaca yang sejuk.
"Semestinya ketahanan fizikal,mental dan stamina yang tinggi perlu sebelum memulakan pendakian para peserta terpaksa menaiki bas serta berhimpit dalam lori kira-kira 11 jam untuk sampai ke Desa Karangan sebelum memulakan pendakian keesokannya," katanya.
Sumber Pengamal media Terengganu tawan puncak Rante Mario
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wCSFM1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment