8 Fakta Menarik Mengenai Badan Kita Yang Perlu Anda Tahu
Tubuh badan kita sebenarnya menyimpan pelbagai jenis rahsia yang sukar untuk kita fahami, Ada kalanya banyak perkara berlaku yang kita sendiri tidak sedar walaupun berlaku pada badan kita sendiri.
Tahukah anda beberapa perkara tentang badan kita yang menarik untuk anda ketahui? Berikut adalah 8 perkara menarik tentang tubuh badan kita yang perlu anda tahu.
1. KEKUATAN RAMBUT
Satu helai rambut mampu menampung berat sebanyak 99.2 gram. Ini bermakna satu helai rambut mampu mengangkat lebih kurang 4-5 batang coklat Kit Kat seberat 25g. Oleh kerana itulah ramai yang mempunyai kemampuan untuk menarik kereta dengan hanya menggunakan rambut.
2. CEPATNYA KUKU MEMBESAR
Kuku pada jari tangan anda memanjang 4 kali ganda lebih cepat berbanding kuku kaki anda. Jadi janganlah risau jika anda lebih kerap memotong kuku jari anda pula. Anda normal.
3. PENTINGNYA TAHI TELINGA
Tahi telinga yang kita geli itu sebenarnya adalah salah satu sistem pertahanan badan yang paling penting kerana tahi telinga melindungi telinga daripada bakteria, kulat, habuk dan juga serangga, selain berfungsi meminyakkan salur telinga.
4. IDENTITI BAU KITA
Tahukah anda, setiap di antara kita mempunyai bau badan yang tidak akan sama antara satu sama lain, sama seperti cap jari kita? Hanya kembar seiras mempunyai bau yang sama di antara mereka berdua.
5. SAIZ BEBOLA MATA
Satu organ yang tidak langsung membesar semasa kita lahir adalah bola mata kita. Bola mata kita akan kekal saiznya daripada saat kita lahir sehinggalah kita mati.
6. ORGAN YANG TIDAK BERHENTI MEMBESAR
Hanya ada dua organ di badan kita yang tidak akan berhenti membesar - hidung dan telinga kita walaupun kita sudah berada lewat usia.
7. JENIS DARAH PALING GANJIL
Mungkin anda biasa dengar tentang darah jenis A,B,AB dan O. Tahukah anda wujud satu lagi jenis darah yang paling ganjil dari kumpulan hh atau lebih dikenali sebagai 'darah Bombay.' Hanya empat dari sejuta orang mempunyai darah jenis ini.
8. DERIA BARU WANITA YANG HEBAT
Wanita mempunyai deria bau yang lebih hebat daripada lelaki dan ini membuatkan kaum wanita lebih sensitif tentang bau berbanding orang lelaki. Jadi, rajin-rajinlah mandi jika dah beristeri.
Itu adalah antara 8 perkara menarik yang dapat kami kongsikan untuk anda hari ini. Bagaimana, ada rasa kagum tak dengan kebolehan tubuh badan kita?
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ytfOFe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment