Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita jauh lebih cemerlang dalam pendidikan berbanding lelaki, tetapi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita jauh lebih cemerlang dalam pendidikan berbanding lelaki, tetapi

ANTARA semua bidang, kehebatan wanita paling terserlah dari segi pencapaian akademik apabila kadar kemasukan wanita ke universiti melebihi lelaki.

Pada 2013 sahaja, lebih 86,798 wanita memasuki menara gading berbanding lelaki, meningkat daripada 67,734 orang pada 2009.

Data yang diperoleh Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan bahawa wanita melebihi lelaki dalam tujuh daripada lapan bidang utama terutamanya pendidikan, kesihatan dan kebajikan.

Wanita juga menyerlah dalam bidang sains, matematik dan pengkomputeran yang kebiasaannya didominasi lelaki di negara lain.

Lelaki hanya ke hadapan dalam bidang berkaitan kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan.

Bagaimanapun, penglibatan wanita dalam bidang berkenaan masih tinggi berbanding negara lain.

Sebagai contoh, 45 peratus pelajar kejuruteraan di Malaysia adalah wanita berbanding hanya 17 peratus di Amerika Syarikat.

Laporan UNICEF menyebut prestasi cemerlang wanita dalam bidang akademik mungkin disebabkan  kecermerlangan mereka sejak bangku sekolah lagi dan jurang kecemerlangan pendidikan antara dua jantina ini semakin menebal apabila mereka meningkat dewasa.

Sebagai contoh, Program Ujian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 yang mengkaji prestasi pelajar sekolah dalam sains dan matematik meletakkan Malaysia sebagai negara yang merekodkan prestasi pelajar perempuan yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki.

Malah trend berkenaan terserlah apabila empat sekolah yang semua pelajarnya perempuan berada dalam 10 sekolah terbaik SPM 2016 berbanding hanya satu sekolah lelaki.

Begitupun, kecermerlangan wanita tidak berterusan selepas bergelar graduan dan sebaik sahaja mereka memasuki pasaran pekerjaan kerana jumlah lelaki adalah lebih ramai dalam pasaran buruh dan memegang jawatan strategik.

Kajian Indeks Kemajuan Wanita MasterCard yang memberi gambaran prestasi wanita berbanding lelaki dalam bidang kerjaya jauh ke belakang. Perbezaan purata pendapatan mengikut jantina

Berdasarkan kajian Indeks Kemajuan Wanita MasterCard, skor yang melebihi 100 menunjukkan golongan wanita sangat cemerlang dalam bidang tersebut.

Jika skor 100 menunjukkan wujud kesamarataan antara jantina.

Berikut adalah skor kajian Indeks Kemajuan Wanita MasterCard:

Pendidikan Tinggi: 122.8

Penglibatan sektor pekerjaan: 57.7

Kepimpinan: 19.8

Pemilik Perniagaan: 17.9

Pemimpin Perniagaan: 28.5

Pemimpin politik: 15.3

(Sumber: Indeks Kemajuan Wanita MasterCard, 2016)

Malah, Malaysia pada 2016 merekodkan skor keseluruhan terendah dalam lima tahun.

Kajian Bank Pembangunan Asia (ADB) menyatakan rekod rendah itu adalah disebabkan mentaliti dan persepsi masyarakat yang memandang wanita kurang berkemahiran berbanding lelaki.

Wanita juga memperoleh gaji dan kualiti kerja yang lebih rendah berbanding lelaki.

Akan tetapi, kajian ADB juga menunjukkan, sekiranya keseimbangan jantina dalam sektor pekerjaan dapat dicapai ia diramal mampu meningkatkan pendapatan per kapita sebanyak 30 peratus.



Sumber Wanita jauh lebih cemerlang dalam pendidikan berbanding lelaki, tetapi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z1MiDD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.