Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli Perniagaan Berpangkat Datuk 82 Tahun Didakwa Atas Tuduhan Rogol Budak 12 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli Perniagaan Berpangkat Datuk 82 Tahun Didakwa Atas Tuduhan Rogol Budak 12 Tahun

Seorang ahli perniagaan terkenal dalam industri minyak dan gas bergelar Datuk berusia 82 tahun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dua lokasi berlainan di bandar Miri.

Bagi pertuduhan pertama, Datuk Ibrahim Ahmad Darvesh Mohd Deen didakwa merogol mangsa di sebuah hotel bajet di Taman Jade Manis pada pukul 12.40 pagi 31 Ogos 2017.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua dia didakwa merogol mangsa yang sama di dalam sebuah hotel bajet di Jalan Masjid pada pukul 8 malam 11 September 2017.

Kes ini dibicarakan di mahkamah Sesyen Miri. Bagi kesalahan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(D) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Bagi kesalahan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebatan.

Kedua-dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Steve Ritikos.

Hakim membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 dan dua penjamin rakyat tempatan. Pengurusan kes ditetapkan pada 19 Oktober dan akan dibicarakan pada 5 hingga 9 Mac tahun depan.

Tertuduh diwakili oleh peguam Ranbir Singh. Sementara itu dakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah.

Comments

comments



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xltUs8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.