Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayar Nasi Kerabu Di Kelantan Guna Bitcoin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayar Nasi Kerabu Di Kelantan Guna Bitcoin

Bayangkan betapa mudahnya untuk makan nasi kerabu di Kelantan apabila sebuah kedai makan memperkenalkan bayaran makanan menggunakan matawang maya, Bitcoin. Bagaimanapun penggunaan matawang maya ini masih lagi belum meluas di Malaysia.

Jika diikutkan, kami belum pernah dengar lagi kedai makan di Malaysia mempraktikkan bayaran sebegini sebelum ini.

BACA: “Kelantan Perlu Benar Semula Wanita Buat Persembahan”

Gerai Jijah NK di Kampung Pauh, Kota Bharu, Kelantan menerima bayaran dalam bentuk matawang maya Bitcoin daripada pelanggan kerana mereka menyedari kepentingan matawang crypto itu pada masa akan datang.

Pemilik Gerai Jijah NK, Safihin Mohammed dan isterinya, Azizah Derahman baru sahaja memperkenalkan bayaran Bitcoin sejak dua bulan lalu.

Sumber dari facebook.com

Menurut Safihin, nilai Bitcoin secara mendadak iaitu satu unit Bitcoin bersamaan dengan RM18,701 berbanding 8 tahun lepas.

Sumber dari facebook.com

“Walaupun, pelanggan hanya perlu membayar 0.00025 dalam Bitcoin untuk membeli sebungkus nasi kerabu yang bernilai RM5, mereka lebih gemar membayar secara tunai” ujar pesara tentera berusia 65 tahun itu.

Malah, pengguna Bitcoin tak perlu membawa wang dan hanya menggunakan peranti mudah alih pengimbas QR kod untuk membayar makanan serta mengurangkan risiko dirompak.

Sumber dari gbn.my

Apa yang menarik, Safihin hanya belajar mengenai matawang Bitcoin melalui Google sahaja. Nampaknya Salihin memang tidak mahu ketinggalan dari segi teknologi walaupun baru sahaja mempelajari cara bayaran tersebut.

Selain itu, Gerai Jijah NK turut mengalu-alukan bayaran daripada akaun Deus, Doge dan Tracto. Gerai ini nampaknya melangkah 10 langkah ke hadapan dengan menerima bayaran makanan menggunakan matawang maya selain bayaran tunai.

ARTIKEL BERKAITAN:
Sabah Dah Lama Buat, Kelantan Bukan Pertama
Azan Awal Sangat, Rakyat Kelantan Terpaksa Ganti Puasa

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Kedai Nasi Kukus Ayam Cincang Ni Bukak 24 Jam



✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wzBuuy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.