Cik B 'Usik' Mama Vida, Baju Bulu Sama Kartun Animasi Donquixote Doflamingo..
Pada Rabu lalu, Datuk Seri Vida telah mengemparkan pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur dengan majlis pelancaran muzik video lagunya iaitu I Am Me.
Dalam majlis itu, Datuk Seri Vida telah memakai baju tidur bersama jaket labuh, sandal dan tudung berinsipirasikan bulu ayam dengan warna merah jambu yang sedondon dengan keretanya.
Pemakaian Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hamiza Othman, 46, telah menjadi bahan gurauan Cik B yang merupakan anaknya sendiri.
Cik B, 12, telah memuat naik dua gambar dalam satu ‘posting’ di laman sosial Instagramnya @cikb_havoc66, memaparkan Datuk Vida semasa majlis pelancaran muzik videonya, dan sekeping lagi gambar watak animasi, Donquixote Doflamingo.
Rata-rata netizen bersetuju dengan gambar tanpa keterangan itu.
Gurauan itu turut mendapat perhatian Vida sendiri yang kemudiannya memberikan ‘like’ (tanda suka) pada ‘posting’ berkenaan.
Sehingga kini, ‘posting’ tersebut mendapat lebih 5,263 ‘like’.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yCPt7L
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment