Fasha, Jejai Berbaik Demi Anak-anak
Teka teki mengenai status bergambar di laman Instagram Fasha Sandha dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli yang membayangkan mereka ‘berdamai’ akhirnya terjawab di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini apabila kedua-duanya bersetuju menyelesaikan konflik dan pertikaian mereka selepas bercerai secara baik.
Lapor Harian Metro, pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 33, menarik balik perintah injuksi yang difailkan terhadap Rizal atau Jejai, 41, yang didakwa mengganggu pelakon drama Lara Aishah itu pada Mac lalu.
Sementara itu, prosiding dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nasir Abdul Aziz pula, Jejai bertindak menarik balik kes komital terhadap bekas isterinya itu berhubung hak lawatan anak dan beberapa kenyataan dikeluarkan Fasha kepada umum berkaitan hal keluarganya.
Mereka juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah yang dipersetujui selepas bercerai pada 20 Januari tahun lalu.
Kesemua penyelesaian itu direkodkan oleh mahkamah.
Fasha bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai prosiding itu dan hanya meminta pihak media merujuk statusnya di Instagram.
Bagaimanapun dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan kepada media, Fasha dan Jejai memberitahu penyelesaian secara baik itu dibuat demi masa depan dua anak mereka.
“Alhamdulillah, Tuhan berikan petunjuk serta hidayah-Nya, jalan-jalan kebaikan di antara kami, supaya dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak.
“Kami amat bersyukur dengan anugerah ini,” katanya mereka menerusi kenyataan itu.
Fasha diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong manakala Jejai diwakili peguam syarie, Ahmad Badri Idris.
Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.
Jejai pula sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish, 34, pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008 serta dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 9.
The post Fasha, Jejai Berbaik Demi Anak-anak appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xjjw42
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment