Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Letupan Boleh Menggegar Kawasan 30m Persegi' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Letupan Boleh Menggegar Kawasan 30m Persegi'


KUALA LUMPUR: Tindakan polis melarang penganjuran Festival Bir 2017 yang dirancang di Lembah Klang, baru-baru ini, menyelamatkan nyawa mereka yang mungkin menghadiri acara berkenaan.

Tiga suspek yang dipercayai merancang mengebom festival itu, melakukan ujian letupan di Pasir Puteh, Kelantan pada 28 September lalu.

Letupan berkenaan dikatakan berupaya menggegarkan kawasan lapang seluas 30 meter persegi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata kejayaan menahan semua suspek membuktikan tohmahan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi maklumat palsu berhubung ancaman serangan pada festival itu adalah tidak benar.

Katanya, komponen untuk menghasilkan bahan peledak IED yang dirampas dari rumah dua daripada suspek terbabit, boleh menyebabkan banyak kematian.

"Serbuan Bahagian Antipengganas, Cawangan Khas Bukit Aman membawa kepada penemuan tiga IED dan batang paip yang diadun dengan bebola besi.

Turut ditemui satu gas bom paip, enam potongan paip PVC, lapan unit bateri AA, enam mentol, dua unit telefon bimbit, satu bungkusan mercun bola, belerang berserta sumbu mercun bola, 14 kotak mancis serta penentu ketepatan," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menemui buku tulis dan kertas lukisan yang antara lain mengandungi panduan serta formula menghasilkan bahan peledak IED berkuasa tinggi.

"Antara faktor yang membolehkan mereka menghasilkan bahan peledak ialah pengalaman seorang daripada suspek yang juga bekas anggota Tentera Darat (TD), selain mempelajarinya melalui Internet," katanya.

Mohamad Fuzi berkata, PDRM masih menyiasat sama ada arahan melakukan serangan disampaikan oleh rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria.

"Seorang daripada suspek mempunyai hubungan dan dikesan pernah berkomunikasi dengan Muhammad Wanndy Jedi yang terbunuh di Syria, April lalu serta Akhil Zainal yang kini dipercayai berada di Syria.

"Suspek berusia 25 tahun berasal dari Pengkalan Hulu, Perak itu juga turut mempunyai kaitan dengan kumpulan Gagak Hitam, yang terbabit dengan kejadian letupan bom tangan di pusat hiburan Movida, Puchong, 28 Jun tahun lalu," katanya.

INFO SUSPEK

* Pelajar Tingkatan Enam di Kelantan berusia 19 tahun dan akan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 6 November ini.

* Bekas anggota Bahagian Istiadat, Tentera Darat yang kini menjadi buruh binaan, 34, berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

* Kontraktor binaan berusia 25 tahun, berasal dari Pengkalan Hulu, Perak. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yuFJvf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.