Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bellew tinggalkan MAB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bellew tinggalkan MAB

SELEPAS setahun menerajui Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew akhirnya meninggalkan syarikat penerbangan nasional itu dan kembali semula untuk berkhidmat di Ryanair Ltd (Ryanair).

Langkah terbabit adalah tindakan mengejutkan dalam industri kerana sebelum ini Bellew menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai semula syarikat penerbangan tambang rendah dari Ireland itu dan berbangga menjadi sebahagian daripada transformasi MAB.

Menerusi laporan The Irish Times, Bellew dilaporkan bakal memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi berkuatkuasa mulai 1 Disember ini dan bertanggungjawab terhadap operasi pesawat, kejuruteraan dan pengendalian di bahagian darat tetapi lebih khusus kepada melahirkan juruterbang, latihan dan pembangunan karier.

Malah, menurut laporan yang sama, beliau turut diberi kepercayaan untuk memastikan kegagalan yang dibuat oleh juruterbang Ryanair sebelum ini pada awal September lalu tidak akan berulang lagi.

“€œSaya begitu teruja untuk kembali bersama Ryanair dan mengambil cabaran ini untuk memastikan operasi berkembang dengan lebih mampan.

"Saya melihat untuk bekerjasama dengan semua pasukan dan krew yang saya kenali dengan baik selama ini untuk membantu perkembangan Ryanair mencapai 600 pesawat dalam tempoh enam tahun akan datang,” katanya dipetik dalam The Irish Time.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair Michael O €™Leary berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAB itu akan mengetuai pelan transformasi dan berhubung dengan semua juruterbang bagi meningkatkan persekitaran kerja dan pembangunan kerjaya pada masa akan datang.

Bellew bertugas selama sedekad di Ryanair sebelum menyertai MAB pada akhir 2015 sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum dinaikkan pangkat sebagai CEO pada pertengahan 2016.

Sementara itu, MAB dalam kenyataan berasingan berkata, syarikat penerbangan nasional itu mengambil maklum mengenai pengumuman yang tidak dijangka itu oleh Ryanair kepada London Stock Exchange (LSE) mengenai Bellew.

"Lembaga Pengarah MAB akan berjumpa dan membuat pengumuman mengenai perkara ini. Bagaimanapun, operasi dan servis syarikat kekal sama kepada pelanggan setia MAB.

“Pelan transformasi MAB juga akan kekal seperti biasa dan masih berada pada landasan perlaksanaan berdasarkan Pelan Pemulihan MAS (MRP)," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zvolox

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.