Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penentuan harga rumah bawah kuasa kerajaan negeri - Noh Omar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penentuan harga rumah bawah kuasa kerajaan negeri - Noh Omar

PETALING JAYA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan harga atau perbezaan nilai rumah di setiap negeri.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, sebaliknya mekanisme tapak, pembinaan kediaman hingga harga ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Yang pertama, saya kena jelaskan bahawa untuk menentukan harga rumah ini bukan kuasa KPKT, bukan kuasa saya.

"Ini adalah kuasa kerajaan negeri. Itu sebab setiap negeri mempunyai harga yang berlainan memandangkan segala urusan premium tanah, harga tanah, kelulusan membina semua (di bawah) kuasa kerajaan negeri.

"Yang kami punya kuasa, kita hanya memberi Permit Iklan dan Lesen Pemaju (APDL). Itu kuasa kita, itu kena jelas," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 500 penduduk berketurunan India di PPR Lembah Subang sempena Deepavali di sini hari ini.

BACA: Harga rumah terlalu mahal: Mampukah anda jadi pemilik?

BACA: Perlukah anak muda terus menyewa rumah?

Perkiraan mengikut Pendaraban Medium Demografia Antarabangsa sebelum ini melaporkan, hanya isi rumah dengan pendapatan sekurang-kurangnya RM10,757 mampu membeli rumah pada harga purata yang dijual di negara ini.

Ini kerana, purata harga rumah pada 2016 ialah RM387,258 sedangkan pendapatan median rakyat Malaysia hanya RM5,228 sebulan.

Purata harga rumah pada 2014 pula ialah RM280,886 sekali gus menjadikan purata harga rumah yang dijual sebagai amat tidak mampu milik.

Bagaimanapun Profesor ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dr. Jamal Othman berkata golongan muda perlu faham bahawa pilihan untuk menyewa rumah juga satu keputusan ekonomi yang baik sehinggalah mereka benar-benar mampu memiliki rumah sendiri.

Malah, ia akan mengurangan tekanan terhadap harga rumah yang kini melambung tinggi.

Dalam perkembangan berasingan, Noh menjelaskan pihaknya akan mengambil alih pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Subang.

Tegasnya, langkah tersebut diambil kerana beliau ingin membela nasib penduduk yang tinggal di 3,004 unit PPR itu daripada terus menjadi mangsa politik kerajan Selangor.

Kerajaan Selangor dilaporkan menaikkan kadar bayaran sewa daripada RM124 kepada RM250 sebulan bagi setiap unit.



Sumber Penentuan harga rumah bawah kuasa kerajaan negeri - Noh Omar

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xL7R9z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.