Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Itu hak, kuasa negeri. Tidak perlu ulas lanjut" - Jamil Khir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Itu hak, kuasa negeri. Tidak perlu ulas lanjut" - Jamil Khir

PUTRAJAYA: "Itu hak dan kuasa negeri. Tidak perlu ulas banyak," demikian merupakan reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom susulan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) supaya berhenti berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau menyifatkan orang ramai sedia maklum bahawa hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Hal agama adalah di bawah kuasa negeri... semua orang tahu mengenai perkara ini dan tidak perlu untuk ulas lanjut," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar NGO Islam dan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada NGO Islam 2017 di sini hari ini.

Baru-baru ini, Sultan Ibrahim bertitah, JAKIM tidak perlu lagi memberi pandangan kepada Johor membabitkan hal ehwal agama Islam.

Dalam pada itu, beliau dan Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha telah mengutuskan surat perkenan mohon menghadap kepada Sultan Ibrahim.

"Kita telah menghantar surat dan InsyaAllah apabila Tuanku titah, kita akan menghadap. Kita hantar surat hari yang sama," ujarnya.

Tindakan segera JAKIM bertujuan menjelaskan situasi sebenar isu pegawai kadernya, Zamihan Mat Zain, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Ibrahim ketika menyampaikan ceramah mengenai isu dobi mesra Muslim seperti yang viral di media sosial.

Jamil Khir pada masa sama enggan mengulas siasatan Lembaga Tatatertib JAKIM terhadap Zamihan sebaliknya menyerahkan siasatan penuh kepada polis.

Pada 11 Oktober lalu, JAKIM merujuk Zamihan, yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) kepada Lembaga Tatatertib jabatan.



Sumber "Itu hak, kuasa negeri. Tidak perlu ulas lanjut" - Jamil Khir

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yus3QH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.