Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sekolah Al-Quran Malaysia Dibuka Di Gaza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sekolah Al-Quran Malaysia Dibuka Di Gaza

GAZA – Sebuah badan bukan kerajaan, Aman Palestin Berhad sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya menubuhkan Sekolah Al-Quran Malaysia di tengah-tengah bandar Gaza.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin cawangan Gaza, Ir. Omar Seyam dan disaksikan pegawai kanan Kementerian Pendidikan Palestin selain wakil pelbagai pertubuhan masyarakat setempat.

Menurut media tempatan, sekolah berkonsepkan maahad tahfiz untuk anak-anak Gaza ini diusahakan oleh Aman Palestin hasil sumbangan kewangan rakyat Malaysia, dengan kerjasama pertubuhan Darul Quran Wa Sunnah.

Ia merupakan sebuah pertubuhan tempatan yang memfokuskan projek komuniti termasuk usaha pembangunan masyarakat menerusi Al-Quran, menurut Omar dipetik daripada portal Ismaweb.net disiarkan pada Isnin.

Beliau dalam ucapannya berkata, Aman Palestin komited hendak membantu rakyat Palestin khususnya di wilayah Gaza yang masih jauh ketinggalan berbanding Tebing Barat menerusi pelbagai projek pembangunan masyarakat.

“Pelbagai projek telah dan sedang kita usahakan. Selain sekolah tahfiz setinggi tiga tingkar ini, pihak Aman Palestin juga telah berjaya membina semula Masjid Al-Qassam di Khan Younis dan Masjid Imam Syafie di Hayy Zaitun.

“Kami juga merancang untuk membina dan memperbaiki kembali beberapa buah hospital yang agak daif namun amat diperlukan warga Gaza pada ketika ini bagi mendapatkan kemudahan rawatan kesihatan,” kata Omar.

Dalam pada itu, pengetua sekolah berkenaan, Syeikh Abdul Rahim al-Ajiz dilaporkan berkata, objektif penubuhan institusi pendidikan tersebut adalah bagi mewujudkan generasi Al-Quran yang mampu transformasi masyarakat.

“Ada empat aspek penekanan kita. Pertama, untuk mendidik pelajar ke arah akhlak mulia, kedua mendidik pelajar menjadi pelajar berilmu menggunakan alat bantuan pengajaran yang moden, ketiga melatih kepemimpinan pelajar.

“Manakala aspek keempat ialah bagi mendidik kelompok pelajar tersebut untuk berperanan sebagai ejen transformasi dalam masyarakat setempat dengan berpandukan sumber Al-Quran,” kata Abdul Rahim lagi.

Pelbagai acara persembahan kemudian dihidangkan untuk ramai hadirin antaranya bacaan doa dan nasyid yang dipersembahkan oleh anak-anak Gaza berpakaian baju Melayu bersampin.

Majlis ini juga mendapat liputan meluas daripada media tempatan antaranya Al Aqsa Channel yang membuat liputan berita dan siaran secara langsung. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x14ADx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.