Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Surface Book 2 Dilancarkan – Lebih Berkuasa Dengan Skrin Lebih Besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Surface Book 2 Dilancarkan – Lebih Berkuasa Dengan Skrin Lebih Besar

Beberapa minggu yang lalu kedengaran ura-ura Microsoft mungkin akan menghentikan jualan komputer Surface. Microsoft segera menyanggah ura-ura ini dan mengatakan mereka komited kepada perniagaan perkakasan mereka. Hari ini mereka membuktikan keseriusan mereka dengan melancarkan dua model Microsoft Surface Book 2.

Surface Book 2 mengekalkan rekaan komputer tablet hibrid dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan mereka tahun lalu. Perubahan dilakukan dengan pemproses lebih terkini, pilihan skrin lebih besar dan kad grafik lebih berkuasa.

Surface Book 2 15 dilengkapi skrin 15″ dengan resolusi 3240×2160 pixel, dijana pemproses Intel Core i7-865U empat teras generasi ke-lapan, memori sebesar 16GB RAM. storan 256/512/1000 GB SSD dan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1060 6GB.

Surface Book 2 13 pula dilengkapi skrin 13.5″ 3000×2000 pixel, dijana pemproses Intel Core i5-7300U/ Core i7=8650U, memori sebeasr 8/16 GB, storan sebesar 256/512/1000 GB dan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1050 GB.

Kedu-dua model turut dilengkapi kamera utama 8-Megapixel dan kamera hadapan 5-Megapixel. Terdapat 2 port USB-A, 1 USB-C, satu pembaca kad SD dan juga bicu audio. Kedua-dua model dilengkapi bateri yang mampu memberikan penggunaan sehingga 17 jam.

Microsoft dengan bangga mengatakan ini ialah 70% lebih lama berbanding sebuah Apple MacBook Pro. Dari segi audio ia menyokong sistem audio Dolby Atmos. Microsoft Surface Book 2 akan mula dijual pada 9 November ini tetapi harga masih belum diumumkan



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yp4xW6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.