Stacy Akui Janggal Depan Kamera
Hampir setahun berehat, ratu Pop kelahiran Sabah, Stacy, mengakui agak janggal untuk beraksi semula di hadapan kamera.
Namun dia cuba mengatasi perkara tersebut dengan mendisplinkan diri untuk mengikuti jadual latihan nyanyian dan tarian.
“Saya akui agak janggal untuk beraksi semula di hadapan kamera, kerana terlalu lama berehat sebagai anak seni. Kini, saya nekad untuk menumpukan sepenuh perhatian bagi meningkatkan lagi kualiti tarian dan nyanyian supaya tidak kekok apabila kembali beraksi nanti.
“Selain itu, setiap hari saya cuba mendisplinkan diri untuk mengikuti jadual latihan nyanyian dan tarian. Dari segi mental dan fizikal, setiap hari saya perlu laksanakan latihan-latihan sebegini supaya dapat membiasakan diri dengan tarian dan menjadikan diri saya lebih cergas dan penuh bersedia untuk buat ‘comeback’,” katanya
Penyanyi berusia 27 tahun ini baru melancarkan muzik video single terbarunya Cakap Ke Tangan. Single yang telah pun dilancarkan sejak Ogos lalu itu merupakan hasil nukilan sepenuhnya oleh suaminya Akim sendiri dan kolaborasi bersama Laq. Ia sekaligus merupakan hadiah istimewa Akim buat isterinya.
Lagu ini merupakan pendekatan lebih agresif yang ingin ditonjolkan, di mana ia membawa maksud yang tersendiri kerana sepanjang berada di dunia hiburan, sebagai public figure beliau tidak lari daripada menjadi bahan kritikan sesetengah pihak di luar sana terutama para netizen yang menjadi ‘keyboard warriors’ adakala mengusik emosi dirinya.
“Menerusi lagu ini, saya ingin luahkan bahawa setiap pandangan positif mahupun negatif harus diterima dengan hati yang terbuka dan apabila ia keterlaluan saya hanya kata ‘talk to the hand’. Usah peduli apa orang kata janji kita tahu apa yang kita buat dan tidak mengganggu gugat sesiapa pun.
“Dari awal hingga akhir, banyak perubahan tarian baru yang ingin ditonjolkan, kerana saya suka sesuatu yang baru serta lain dari video muzik terdahulu.
Jalan ceritanya agak ringkas dan ada watak misteri bakal ditonjolkan yang menjadi simbol kepada semua anasir negatif di luar sana,” tambah Stacy.
..
Dalam pada itu Juara Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 ini berkata, selain memberi fokus menguruskan dua cahaya matanya, dia sangat teruja untuk kembali berkarya dan memberikan yang terbaik bagi memenuhi permintaan para peminatnya,
“Hampir setahun saya berehat dari melakukan aktiviti-aktiviti seni, adalah semata-mata ingin fokus terhadap kehidupan bekeluarga, ini adalah kerana keluarga merupakan
pemangkin kerjaya saya sebagai anak seni.
“Setelah berkeluarga, bergelar seorang isteri dan ibu, saya lebih menghargai kehidupan ini serta segala rezeki yang telah dikuniakan,” katanya.
Muzik video Cakap Ke Tangan boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran YouTube ‘Rocketfuel Network’ dan juga boleh dimuat turun di iTunes.
The post Stacy Akui Janggal Depan Kamera appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hMhRJM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment