Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alvin Chong Tepis Tuduhan Permainkan Agama Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alvin Chong Tepis Tuduhan Permainkan Agama Islam

Pelakon yang namanya semakin menjadi sebutan ramai, Alvin Chong, menepis tuduhan dia dikatakan mempermainkan agama Islam ekoran lakonannya sebagai seorang lelaki mualaf bernama Hilman menerusi drama Awak Suka Saya Tak.

Memetik laporan mStar online, Alvin atau nama sebenarnya Alvin Chean Wah Chong, 26, menjelaskan drama tersebut menuntutnya menyebut beberapa kalimah suci namun apa yang dilakukan hanyalah lakonan semata-mata

“Saya perlu menyebut beberapa kalimah suci dalam drama tersebut, namun ingin saya tegaskan ia hanyalah lakonan semata-mata.

“Saya tahu apa yang saya lakukan dan yakin penonton juga bijak untuk menilai.

“Kalau ada rasa tak puas hati, tak perlu komen menghentam di laman sosial. Jumpa dan terus beritahu saya,” katanya.

Biarpun dikritik namun ada satu hal yang mencuit hatinya apabila ada peminat yang berani melamarnya untuk menjadikan dia suami gara-gara keberkesanan lakonannya menghidupkan watak itu.

Dedah pemuda berbang Cina ini, peminat tersebut meluahkan perasaan ‘cinta’ setelah menonton lakonannya. Namun dia menganggap lamaran tersebut sebagai satu gurauan dan usikan manja peminat.

“Kelakar apabila ada peminat menghantar mesej peribadi di laman sosial mahu menjadikan saya suami.

“Dia melamar saya berkahwin dan beritahu tertarik dengan karakter lakonan saya kerana menyangka saya benar-benar seperti dalam watak tersebut.

“Bagaimanapun, saya anggap itu hanyalah gurauan dan usikan manja mereka, tak ambil serius pun!,” katanya.

Drama Awak Suka Saya Tak yang bersiaran di Astro Ria turut menampilkan pelakon Emma Maembong, Sabhi Saddi dan Rebecca Nur Al Islam.

Perkembangan yang lain, Alvin sedang bersiaran menerusi program The House bergandingan bersama pelakon Fattah Amin.

The post Alvin Chong Tepis Tuduhan Permainkan Agama Islam appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gftd8C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.