Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyalahgunaan Dadah Di Kelantan Meningkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyalahgunaan Dadah Di Kelantan Meningkat

PASIR PUTEH – Aktiviti penyalahgunaan dadah di Kelantan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 6,653 Orang Kena Pengawasan (OKP) direkodkan berbanding 4,410 OKP tahun lepas.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Kelantan Rohayu Ahmad berkata jajahan Kota Bharu merekodkan jumlah OKP paling tinggi iaitu 1,476 orang diikuti Bachok (977 OKP) manakala golongan belia berusia 20 hingga 39 tahun merupakan pengguna dadah teramai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Perangi Dadah Habis-habisan 2.0 bersama pemimpin masyarakat yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Semerak Datuk Zawawi Othman.

Rohayu berkata pil kuda merupakan dadah paling popular dalam kalangan penagih di negeri ini pada 84 peratus berbanding bahan terlarang yang lain.

Sementara itu, Zawawi yang juga Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh dalam ucapannya berkata beliau akan menubuhkan skuad antidadah di setiap mukim terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri Semerak bagi membantu AADK membendung kegiatan yang kini menular di setiap kampung. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xMKmBK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.