Sentimen Semasa Pasaran Forex Setakat Malam Ini
US dolar menambah pengukuhan berbanding matawang-matawang utama yang lain pada sesi US pada Selasa. Matawang Sterling pula jatuh disebabkan oleh komen-komen dovish dari ahli-ahli Bank of England (BoE) petang tadi.
US dolar seperti yang kita tahu telah disokong oleh laporan bahawa Trump berpuas hati dengan pertemuannya dengan John Taylor iaitu seorang penganalisis ekonomi terkemuka dunia. Pasaran melihat Taylor lebih hawkish berbanding Yellen, dan sebab ini lah yang meolak US dolar lebih tinggi pada Isnin.
Greenback (USD) juga mendapat permintaan sekali lagi pada malam ini, apabila data ekonomi US seperti harga import dan harga eksport naik melebihi jangkaan pada September. Dalam data berasingan, data pengeluaran industri US menepati jangkaan kenaikan 0.3%.
Pasangan matawang EUR/USD setakat pukul 10.42 malam ini telah merekod kejatuhan sebanyak 60 pip, masih lagi tertekan sejak Isnin yang dilihat lebih kepada risiko politik Eropah.
GBP/USD telah jatuh sebanyak 130 pip sejak mencapai pars tertinggi hari ini di 1.3286. Untuk matawang GBP, pasaran selepas ini akan menumpukan kepada data pekerjaan UK pada Rabu.
Manakala USD/CAD masih lagi meneruskan kenaikan ketika ini setakat pukul 10.44 malam, walaupun hasil-bon US menunjukkan kejatuhan dengan USD/JPY membuat pullback. Kelemahan dolar Kanada ketika ini disebabkan oleh kejatuhan harga minyak mentah US.
Terdapat juga kelemahan dalam hasil-bon 10 tahun US ketika ini yang juga sedikit menekan US dolar ke bawah berbanding matawang utama dunia setakat pukul 10.49 malam.
The post Sentimen Semasa Pasaran Forex Setakat Malam Ini appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zfxJLK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment