Bentong Jadi Bandar Pintar Pertama Bawah Obor
SERI KEMBANGAN – China Smart Creation (CSC) Smart Eco-Valley di Bentong, Pahang akan menjadi bandar pintar pertama di Malaysia, meraih manfaat daripada inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (OBOR).
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah ini sejajar dengan aspirasi untuk menjadikan bandar itu sebagai bandar mesra alam pintar, selain statusnya sebagai bandar satelit.
“Ia akan menjadi 100 peratus bandar pintar pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi pintar terkini China.
“Projek tersebut yang dijangka bermula pada akhir tahun ini akan mengambil masa 18 hingga 24 bulan untuk disiapkan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Penyelesaian dan Produk Industri Pembinaan CSC Jalur dan Laluan Malaysia 2017 di sini hari ini.
Bagaimanapun, kos keseluruhan projek itu di tanah seluas 16 hektar tidak dinyatakan.
Sementara itu, Datuk Clement Tan Wei Loon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Quantum March Sdn Bhd, pemaju bersama pembangunan bandar pintar itu, berkata projek tersebut merupakan usaha sama antara dua syarikat tempatan dan 10 syarikat milik China.
“Hari ini, kami menandatangani empat perjanjian berkaitan dengan projek tersebut dan lebih banyak perjanjian dijangka dimeterai,” katanya.
Selain Quantum March, sebuah lagi syarikat tempatan, DSA Development Sdn Bhd, akan membangunkan projek bandar pintar yang akan datang secara bersama.
Projek tersebut, dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM3.5 bilion, akan terdiri daripada perbandaran bandar pintar yang termasuk rumah, hotel, universiti dan pusat kesihatan yang merangkumi industri pintar, kehidupan pintar dan pengurusan pintar yang menggunakan teknologi terkini dari China.
Terdahulu, pada majlis itu, Ketua Penasihat Kempen, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata kempen tersebut, yang menampilkan CSC-Lifestyle Experimental Showcase diadakan di sini mulai hari ini hingga 5 Jan, 2018, yang menumpukan kepada teknologi hijau dan penyelesaian data.
“Kempen ini akan menganjurkan 100 forum dan bengkel bagi membolehkan pemaju hartanah Malaysia meningkatkan pengetahuan mereka mengenai teknologi terkini dalam industri pembinaan China,” katanya.
— BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xLoHtP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment