“Kalau Ada Jodoh, Saya Terima”
Lelaki dikenali sebagai Ahmad Iqbal Zulkefli tidak menolak sekiranya hubungan antara dia dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin.
Memetik laporan Harian Metro, pemuda berusia 23 tahun ini mengaku serasi dengan wanita itu dan dalam masa sama menyerahkan segalanya kepada takdir dan akan memikirkan sedalam-dalamnya sekiranya majikannya itu adalah jodohnya.
“Saya akui, kami serasi bersama dan sekiranya dia jodoh saya, saya terima kerana itu ketentuan Allah SWT. Sekiranya tidak, saya akan teruskan bekerja sebagai Pegawai Media dan Pembantu Peribadinya.”
“Seandainya saya ada hati dan perasaan dengannya, biarlah, kerana pada saya itu tidak boleh dipaksa atau dinafikan. Apa yang penting saya tahu dengan amanah yang diberikan buat masa ini termasuk membantu dalam perniagaannya.
“Kalau hati betul-betul suka kami akan bincang untuk berkahwin, bukan jadi anak ikan kerana berkahwin itu halal, tetapi saya tetap kena berfikir panjang mengenai tohmahan yang akan diberikan,” katanya.
..
Dalam pada itu, Iqbal turut menyangkal dakwaan dia sebagai ‘anak ikan’ baru DSV yang kembali solo sejak 7 April lalu. Sedih dengan tuduhan tersebut, Iqbal berkata dia bekerja keras setiap hari demi memuaskan hati majikannya.
“Saya agak sedih apabila orang memperkatakan saya ini anak ikannya, sedangkan saya bekerja keras setiap hari dan boleh dikatakan setiap hari saya hanya dapat tidur selepas waktu subuh.
“Saya tidak pelik sekiranya timbul kata-kata seperti saya ini bakal suami DSV kerana kami memang selesa bersama. Dia senang terima teguran mengenai pelbagai perkara termasuklah fesyen dan penampilannya,” katanya.
Ahmad Iqbal mula bekerja dengan DSV secara rasmi sejak Jun lalu dan bertanggungjawab mengendalikan media sosial DSV, mengambil gambar dan video aktiviti serta melakukan suntingan sebelum memuat naik ke laman berkenaan.
“Pada saya, perbezaan usia antara saya dan DSV (22 tahun) tidak menjadi penghalang kerana yang penting adalah hati. Rupa pun bukan kerana ia hanya sementara. Dia mempunyai wawasan hidup yang jelas.
“Secara kebetulan, cita-cita dan impiannya sama dengan saya. Suka memberi, dia selalu mengajar saya untuk bersedekah. Dia jadi diri sendiri walau di mana pun berada.
“Seorang wanita yang setia, penyayang terhadap keluarganya dan sanggup berkorban demi lihat orang lain senang.
“Dia juga mudah menerima nasihat kerana menganggap saya lebih dewasa. Lagipun, saya lihat dia memerlukan seseorang yang boleh menjaganya. Saya tak tahu jika ada orang lain akan jaga dia sama macam saya,” katanya.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan lulusan Diploma Penulisan Kreatif daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu turut menafikan yang dia menumpang populariti DSV mahupun cuba mengambil kesempatan terhadap kekayaan jutawan berkenaan.
“Saya hanya menjalankan amanah yang diberikan kepada saya dan terkejut juga tiba-tiba diri saya tular di media sosial sedangkan saya jarang memuat naik aktiviti saya bersama DSV.
“Saya mahukan hubungan ini kekal lama dan bukan kebahagian yang bergantung kepada duit. Susah dia, orang tak nampak kerana hari-hari dia berusaha untuk naikkan jualan tetapi orang tak faham dan hanya mencaci. Jadi tak seronok bekerja,” katanya.
The post “Kalau Ada Jodoh, Saya Terima” appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ihREXm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment