Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya merafak sembah memohon maaf terhadap Tuanku Sultan. Saya rakyat biasa, tiada niat menghina” – Dr Zamihan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya merafak sembah memohon maaf terhadap Tuanku Sultan. Saya rakyat biasa, tiada niat menghina” – Dr Zamihan

“SAYA menjunjung tinggi Tuanku Sultan Selangor dan perlucutan tauliah serta AJK (Ahli Jawatankuasa) Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah atas budi bicara Tuanku sebagai Waliyyul Amri (pemerintah).”

Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin, susulan perlucutan berkenaan semalam.

Zamihan berkata, sebagai rakyat biasa yang menjunjung tinggi institusi diraja, beliau akur dan patuh kepada titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Begitu juga saya sekali lagi merafak sembah memohon maaf terhadap Tuanku Sultan sekiranya terguris hati dengan tutur kata saya ketika menyampaikan ceramah agama.

“Sesungguhnya bagi pihak saya selaku rakyat biasa tiada niat untuk menghina institusi diraja melainkan hanya tanggungjawab menyebarkan syiar Islam,” katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

Semalam, Sultan Selangor berkenan supaya Selangor menarik balik tauliah mengajar dan membatalkan keahlian sebagai AJK tauliah negeri Selangor.

Zamihan berkata, beliau menghormati keputusan Sultan Selangor dan Tuanku Sultan mempunyai hak serta berhak membuat keputusan itu sebagai ‘waliyyul amri’.

“Saya hanya mencurahkan khidmat untuk agama dan ummah. Jika khidmat saya dirasakan sudah tidak diperlukan, saya menghormati keputusan itu.

“Bagaimanapun, saya akan terus berkhidmat dengan cara dan di tempat yang sesuai.

“Sesungguhnya perjuangan ataupun dakwah Islam tidak pernah terhenti.

“Oleh itu, saya menyeru semua pihak supaya menghentikan adu domba dan sikap ingin melaga-lagakan sesama umat Islam.

“Ada baiknya kita semua fokus kepada menolak ancaman dan tipu daya golongan yang benci kepada Islam dan umatnya,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber “Saya merafak sembah memohon maaf terhadap Tuanku Sultan. Saya rakyat biasa, tiada niat menghina” – Dr Zamihan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ghgnXn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.