“Masih Duta Produk Cuci Alat Sulit” – Amar Asyraf
PELAKON Amar Asyraf yang menjadi duta kepada produk Durro milik syarikat Datuk Boy Iman mengakui tidak terkesan dengan penahanan terbaharu pelakon dan usahawan itu.
Amar atau nama sebenar Amar Asyraf Zailuddin, 30, berkata, jualan produk pencuci alat sulit lelaki itu masih berjalan seperti biasa dan ia tiada kaitan dengan penipuan kes hartanah yang gempar sebelum ini.
“Pasal kes terbaharu, saya pun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Produk pencuci bawah syarikat DBI Health & Beauty, rasanya tiada kaitan dengan kes hartanah tu,” ujarnya.
Akhbar sebelum ini melaporkan Datuk Boy Iman, 37 , ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pembinaan rumah harga murah membabitkan nilai kira-kira RM6.2 juta.
Menurutnya lagi, dia tidak berhasrat untuk menamatkan kontrak sebagai duta produk itu.
Dia juga akan meneruskan tugasnya sebagai duta sehingga kontrak tamat pada Jun tahun depan.
Dalam perkembangan lain, Amar memberitahu dia dijemput untuk mengarahkan sebuah pementasan teater bertajuk Projek Tiga di Singapura pada 17, 18, 19 November depan.
“Saya memang rasa bangga. Bukan mudah untuk orang kita dijemput mengarah teater di sana.
“Rasa syukur pun ada. Iyalah, ada juga orang yang pandang bakat dan kebolehan saya,” katanya lagi.
The post “Masih Duta Produk Cuci Alat Sulit” – Amar Asyraf appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fXZpx6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment