Orang ramai bantu anak paus terdampar di Cherating kembali ke laut
KUANTAN: Penduduk dan pelancong yang berada di Pantai Cherating di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor paus yang terdampar di kawasan sebuah resort kira-kira jam 11 pagi tadi.
Bagaimanapun, paus sepanjang empat meter yang dipercayai tersesat daripada kumpulannya itu berjaya diselamat dan dilepaskan ke laut oleh orang ramai serta pelancong asing.
Menurut seorang kakitangan resort berkenaan yang mahu dikenali sebagai Imran, 32, ikan berkenaan ditemui oleh kakitangan resort itu sebelum pelancong, penduduk kampung dan kakitangan resort berkumpul untuk menyelamatkan mamalia itu.
"Pada mulanya, ingatkan anak paus berkenaan sudah mati, selepas diperiksa, ia masih hidup dan kami beramai-ramai membuat keputusan untuk membantu haiwan itu kembali ke laut.
"Ia mungkin tersesat dari kawanannya sebelum hanyut ke tepi pantai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, pihaknya mengambil masa lebih 30 minit untuk menyelamatkan haiwan itu sebelum ia kembali berenang dengan selamat ke lautan.
"Saya anggarkan lebih 20 individu termasuk pekerja, pelancong serta penduduk kampung membantu menarik dan menolak ikan paus itu ke dalam air sebelum ia kembali berenang ke tengah lautan," katanya.
Sumber Orang ramai bantu anak paus terdampar di Cherating kembali ke laut
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hWLDiH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

Post a Comment