Penipuan projek pembinaan rumah banglo: Ustaz Zubir dijejaki polis
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Polis kini menjejaki seorang lagi individu bagi membantu satu siasatan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.8 juta.
Penipuan projek pembinaan rumah banglo: Ustaz Zubir dijejaki polis
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, individu tersebut dikehendaki bagi membantu dalam melengkapkan laporan siasatan melibatkan DBI (DBI) Properties dan Juta Kelulut Global Resources.
Menurutnya, suspek yang dikenali sebagai ‘Ustaz Zubir’ merupakan antara sumber penting dalam kes penipuan pembinaan banglo dengan harga murah sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan.
Terdahulu, DBI dan Juta Kelulut Global Resources menawarkan rumah kepada mangsa dengan harga sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi, bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Penipuan projek pembinaan rumah banglo: Ustaz Zubir dijejaki polis
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hTFSlF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment