Anda Boleh Menyelam 50 Meter Jika Menggunakan Gear Fit2 Pro Ini
Gear Fit2 Pro kali ini lebih tahan lasak dan kalis air (Gambar: YouTube)
Sikap positif masyarakat di negara ini yang banyak menyertai pelbagai aktiviti sukan menjadikan alat pengesan kecergasan ini sebagai satu gajet penting untuk dimiliki.
Secara dasarnya peranti ini amat mudah digunakan. Selain bertindak sebagai jam, ia juga mampu mengesan aktiviti kecergasan dengan pelbagai fungsi menerusi sensor terbina di dalamnya.
Rojak Daily Skop! berkesempatan untuk mencuba Gear Fit2 Pro daripada Samsung dan telahpun menguji peranti ini untuk beberapa aktiviti sukan.
Antaranya, peranti ini dibawa bersama ketika mendaki ke Bukit Gasing bersempena dengan program episod akhir 'Wishlist' musim kedua, ‘Road to Annapurna with the #MyEGhero Amir!’ yang akan bersiaran di Astro Supersport pada 31 Disember ini.
Bagi anda yang sedang mencari ‘fitness tracker’ yang bersesuaian, mungkin lima kelebihan Gear Fit2 Pro ini akan membantu anda.
1. REKAAN SELESA BERSAMA SKRIN AMOLED
Bagi pengguna yang aktif bersukan, rekaan peranti yang selesa pastinya menjadi aspek utama. Selain perlu tahan lasak, material digunakan juga perlu bersesuaian.
Bayangkan jika anda sedang berpeluh tetapi terasa gatal di tangan akibat material tidak bersesuaian. Lebih teruk lagi, peranti menjadi busuk akibat bahan yang digunakan.
Sepanjang dua minggu menggunakan Gear Fit2 Pro, peranti ini berjaya melepasi aspek ini dengan cemerlang. Biarpun dalam keadaan berpeluh, peranti ini masih selesa dipakai.
Selain itu, penggunaan jenis skrin yang melengkung turut menjadikan ia sangat sesuai digunakan untuk aktiviti senaman.Ia melentur sempurna pada pergelangan tangan.
Skrin berwarna 1.5 inci Super AMOLED juga sangat terang dan jelas biarpun ketika panas terik. Selain itu antaramuka ('interface') yang digunakan juga mudah difahami. Hanya perlu 'swipe' ke kanan untuk notifikasi dan ke kiri untuk 'widget' dan beberapa fungsi senaman juga disediakan.
2. KALIS AIR SEHINGGA 50 METER
Jika anda berhasrat untuk membeli peranti kecergasan ini, fungsi kalis air yang terbina di dalamnya antara kelebihan Gear Fit2 Pro terbaru ini. Lebih mengagumkan ia mampu menahan kedalaman sehingga 50 meter!
Bagi pengguna yang menjadikan aktiviti berenang sebagai sukan utama, anda tidak perlu bimbang mengenai ketahanan peranti ini. Malah, ia juga kalis pada air laut.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengaktifkan fungsi ‘water lock’. Pilih 'settings' dan klik 'water lock'.
Dengan fungsi ini pengguna tidak perlu bimbang sekiranya berlari atau berbasikal dalam keadaan hujan.
3. KESAN AKTIVITI SUKAN SECARA AUTOMATIK
Gear Fit2 Pro beraksi agak cemerlang dalam mengesan jenis senaman. Antara yang paling berkesan adalah ketika menunggang basikal.
Peranti ini mampu mengesan aktiviti tersebut secara automatik. Jika anda berjalan atau berlari, ia juga dapat mengesan secara automatik tanpa perlu melihat skrin.
Bagaimanapun, jika anda mendaki, anda perlu memilih jenis sukan ini kerana peranti mungkin tidak dapat membezakan anda sedang berjalan atau mendaki.
Selepas mengaktifkan mod pendakian, Gear Fit2 Pro akan mengira masa pendakian anda dan pada masa sama memantau kiraan degupan jantung.
Selain itu, integrasi GPS juga membolehkan anda rekod jarak larian anda dengan lebih mudah dan tepat.
4. PANTAU KADAR DEGUPAN JANTUNG
Fungsi penting bagi setiap peranti kecergasan adalah mengesan kadar degupan jantung pengguna pada waktu biasa dan juga sewaktu melakukan aktiviti kecergasan.
Seperti peranti lain, Gear Fit2 Pro antara yang beraksi cemerlang. Biarpun tidak sempurna jika dibandingkan dengan alat kecergasan yang lebih mahal tetapi secara keseluruhannya ia melakukan tugas dengan baik.
Jika ketinggalan sekalipun, hanya sekitar anggaran 10bpm jika dibandingan dengan alat kecergasan yang jauh lebih mahal.
5. KETAHAHAN BATERI LEBIH DUA HARI
Jika melihat pada sensor yang berfungsi ketika menggunakan alat kecergasan, agak sukar sebenarnya untuk mencapai jangka hayat bateri yang lama. Jam pintar selalunya tewas biarpun hanya sehari digunakan.
Bagaimanapun, Gear Fit2 Pro turut beraksi agak cemerlang dalam aspek ini. Peranti ini mampu bertahan sehingga dua hari bagi penggunaan normal.
Atas faktor fungsi yang pelbagai, prestasi Gear Fit2 Pro agak memuaskan memandangkan ia hanya menggunakan bateri berkapasiti 200mAH.
Selain itu, keadah pengecasan menggunakan magnetic di belakang Gear Fit2 Pro sedikit sebanyak memudahkan pengguna. Tempoh pengecasannya juga pantas!
Biarpun tidak terlalu berbeza dengan model sebelumnya iaitu Gear Fit2 tetapi peranti ini antara yang berbaloi di pasaran.
Dengan harga RM799 anda akan mendapat peranti yang mempunyai pelbagai fungsi, tahan lasak dan kalis air. Malah rekaan yang moden boleh menjadikan ia sebagai jam tangan utama untuk tugas harian anda.
Sumber Anda Boleh Menyelam 50 Meter Jika Menggunakan Gear Fit2 Pro Ini
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AnP8FY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment