Tikam, 'Belah' Perut Abang Ipar
Seorang lelaki kini kritikal selepas diserang adik iparnya dalam bas di Chicago, Illinois, yang turut menyebabkan perut mangsa terburai.
Dalam kejadian itu Jumaat lalu, Darnell R Scott, 37, menyerang dengan menikam abang iparnya yang berusia 50 tahun sehingga 20 kali sebelum ‘membelah’ perut mangsa ketika bas berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.
Menurut polis, serangan berlaku selepas terjadi tolak menolak sesama mereka dalam bas.
Daily Mail yang memetik laporan Chicago Tribune, Darnell berjalan melepasi abang iparnya itu tanpa menyapanya menyebabkan si abang ipar datang menghampiri dan memarahinya.
Timbalan Peguam Daerah, Craig Taczy, memberitahu mahkamah, kedua-dua lelaki sudah lama bermasam muka dan tidak bercakap sesama mereka.
Pergaduhan berlaku dengan si abang ipar ditumbuk dan dipukul sebelum ditikam berkali-kali oleh Darnell yang menghadapi tuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan.
Apabila kedua-dua lelaki jatuh ke lantai bas, Darnell mengeluarkan pisau lipat dan menikam mangsa serta ‘membelah’ perut mangsa.
Abang iparnya dikejarkan ke Hospital Stroger dalam keadaan kritikal manakala Darnell yang ditahan, turut cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan sebagai pesakit luar.-Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iLICCP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment