Hi! Welcome Back and Stay Tune! Orang Penat Buat Filem, Kau Boleh Siar Di Facebook Live? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Orang Penat Buat Filem, Kau Boleh Siar Di Facebook Live?

Orang Penat Buat Filem, Kau Boleh Siar Di Facebook Live?

Foto: Sinar Harian & Twitter Joko Anwar

Siapa sahaja yang tidak kecewa apabila masa, tenaga dan jutaan wang yang dikerah untuk menghasilkan sesebuah filem dicuri begitu sahaja? Terbaru, filem seram Indonesia yang sedang berada di pawagam, Pengabdi Setan nampaknya telah menjadi mangsa pendek akal manusia.

 

Seorang remaja wanita telah ditangkap kerana dipercayai telah cuba menyiarkan filem Pengabdi Setan secara live melalui laman Facebooknya.
 

Tulis pelakon utamanya, Bront Palarae yang mendedahkan perkara tersebut di Twitter,
 

"Adik ini dah kena tangkap sebab cuba siarkan #PengabdiSetan secara live di FB.  Kena tangkap tak berbaloi, hilang masa depan".
 

Menerusi temubual Bront bersama Sinar Harian, dia menjelaskan bahawa dia mendapat berita tersebut daripada rakannya yang bekerja di pawagam. 
 

"Mereka sudah lepaskan wanita itu," jelasnya. Bront juga telah memadam tweet yang turut memaparkan gambar remaja wanita terbabit. 
 

Terdahulu, Bront turut menegur seorang wanita yang hanya mahu menonton filem Pengabdi Setan di saluran YouTube.

Filem Pengabdi Setan mengisahkan sebuah keluarga dimana Ibu yang telah terbaring akibat sakit yang aneh selama tiga tahun telah meninggal dunia. Bapak lalu memutuskan untuk kerja di luar kota meninggalkan empat orang anaknya. Lama-kelamaan, anak-anaknya merasakan kehadiran Ibu di rumah. Situasi semakin menyeramkan apabila mereka mengetahui Ibu datang lagi tidak sekadar untuk menjenguk, tapi untuk menjemput mereka.


Buat anda yang masih belum menonton filem Pengabdi Setan, filem ini masih berada di pawagam dan seperti nasihat Bront di Twitternya, tontonlah filem yang original di pawagam.



Sumber Orang Penat Buat Filem, Kau Boleh Siar Di Facebook Live?

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AnP3lE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.