Samsung Sekali Lagi Dilaporkan Akan Memperkenalkan Galaxy X Pada Tahun Hadapan
Samsung sebelum ini telah memperlihatkan peranti konsep mereka dengan skrin boleh-lipat beberapa tahun lepas. Sejak daripadanya, pelbagai desas-desus berkaitan dengannya telah hadir ke industri.
Walaubagaimanapun, sejak awal tahun ini, desas-desus mengatakan Samsung bakal akhirnya memasarkan telefon boleh-lipat mereka semakin hangat diperkatakan. Apatah lagi, wakil Samsung sendiri telah mengatakan mereka menyasarkan untuk melancarkan telefon boleh-lipat mereka pada 2018 kelak.
Peranti ini dijangka akan dikenali dengan nama Galaxy X. Ia bakal ditawarkan dalam kuantiti terhad sebagai edisi khas – berkemungkinan seperti apa dilakukan oleh Samsung dengan Note Edge dan Galaxy Alpha sebelum mengintegrasikan cirinya dengan meluas pada peranti lain.
Dengan CES 2018 dan MWC 2018 yang bakal diadakan pada awal 2018 kelak, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai peranti dengan skrin boleh-lipat Samsung ini tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ATGRL2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment