Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Wanita Paling Bahagia Ketika Ini, Pergi Bilik Air Pun Sudah Rindu.” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Wanita Paling Bahagia Ketika Ini, Pergi Bilik Air Pun Sudah Rindu.”


Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, menyifatkan alam perkahwinan yang kini ditempuhi memberi kebahagiaan sebenar buat dirinya.

Menurut laporan Berita Harian, Fazura, 34, berkata walaupun agak kekok kerana masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan situasi itu, beliau seronok kerana ia menghadiahkan pengalaman baharu.


"Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak.

'Memang agak kekok pada mulanya, tetapi selepas mula membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas termasuk memotong kukunya, baru saya dapatkan sesuaikan keadaan itu sepenuhnya," katanya dalam pertemuan bersama BH Online, semalam.

Tambah Fazura sejak bernikah, mereka jarang berpisah lama walaupun atas dasar kerja.


"Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu," katanya sambil ketawa.

Mengenai perancangan menimang cahaya mata, penyanyi lagu Bisa Apa dan Sayangi Dirimu ini memberitahu, mereka belum bersedia ke arah itu disebabkan komitmen kerja.

"Kalau ditanya mengenai anak, kalau boleh kami nak tangguh dulu kerana masing-masing memang sibuk sehingga tahun depan. Lagipun, biarlah kami habiskan masa bersama dulu.


"Begitupun, kalau ditakdirkan Tuhan nak bagi awal, kami takkan tolak rezeki yang diberikan," katanya yang memilih United Kingdom dan beberapa negara lain sebagai destinasi bulan madu.

Pasangan sensasi ini selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November lalu.




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iducan

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.