MB Johor nafi terima wang seperti dakwaan dokumen bocor SPRM
Mohamed Khaled Nordin berkata tuduhan itu yang terkandung dalam dokumen SPRM yang bocor adalah 'berniat jahat'.
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menafikan menerima suapan wang berjuta ringgit seperti terkandung dalam dokumen siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibocorkan dalam sebuah laman web baru-baru ini.
“Pentadbiran saya tidak menerima apa-apa suapan, tidak akan menerima apa-apa suapan dan akan menentang segala usaha untuk memberi apa jua bentuk suapan,” kata beliau dipetik Bernama ketika sesi penggulungan di DUN Johor hari ini.
Khaled berkata tuduhan itu berniat jahat untuk memalukan nama baik secara peribadi dan kepimpinan kerajaan negeri.
Sebelum ini, SPRM membuat laporan polis untuk menyiasat sebuah laman web yang memuat naik kandungan penuh dokumen setebal lebih 100 muka surat, berkenaan siasatan terhadap bekas exco perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Abdul Latif Bandi.
Latif disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, dalam skandal melibatkan penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera melibatkan beberapa pemaju di Johor.
April lalu, Latif didakwa atas 33 pertuduhan bersuhabat bersama seorang juru runding hartanah melibatkan wang suapan RM30.3 juta.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jJfacN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment