Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gagal nasihat Izreen, Rita Rudaini dikecam netizen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gagal nasihat Izreen, Rita Rudaini dikecam netizen

PELAKON Rita Rudaini mengaku menjadi sasaran orang ramai di laman sosial susulan tindakan rakan baiknya Izreen Azminda memilih untuk menjadi isteri kedua.

Justeru, pelakon itu meminta orang ramai agar berhenti menyerangnya di laman sosial sambil menyifatkan dia tidak terlibat dengan keputusan diambil Izreen, malah pernah menasihati rakannya itu agar tidak menjadi perampas hak orang.

“Tolong jangan terus menyerang saya di laman sosial kerana perkahwinan dia. Saya tidak masuk campur dalam keputusan Izreen yang memilih jalan untuk berkahwin dengan suami orang.

"Saya pun ada beri nasihat, jangan merampas hak orang lain. Tetapi dalam keadaan sekarang Izreen bermadu, dia tidak merampas suami orang.

"Jika dia dapat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dengan baik, kita sendiri tidak perlulah mengutuk atau menghamun beliau kerana itu adalah jodoh yang telah tersurat buat dirinya,” kata Rita.

Izreen sebelum ini memaklumkan telah bernikah secara sah dengan Mohammad Radzi Abdul Wahid, atau mesra disapa Ude, pada 8 Ogos lalu.

Tindakan Izreen itu bagaimanapun turut menjadi tempias kepada rakan karibnya kerana dianggap sebagai ‘penyokong’ tegar dalam keputusan dibuat Izreen.

Sementara itu, Rita turut sempat menasihati Izreen agar sentiasa bertanggungjawab menjalani tugas sebagai isteri kedua dan sentiasa cuba untuk menjaga hati isteri pertama Ude.



Sumber Gagal nasihat Izreen, Rita Rudaini dikecam netizen

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jI7ZSn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.