Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Rasa Seperti Dirogol Tanpa Kerelaan" - Farid Kamil Buat Laporan Polis.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Rasa Seperti Dirogol Tanpa Kerelaan" - Farid Kamil Buat Laporan Polis..


BERANG filem lakonannya iaitu "Pinjamkan Hatiku" disebarkan secara haram menerusi Facebook baru-baru ini, pelakonnya Farid Kamil membuat laporan di Balai Polis Puchong Jaya, Selangor kira-kira 2.30 petang Isnin lapor mStar Online.

Farid, 36, ketika ditemui berkata, tindakan itu diambil kerana ingin memastikan jenayah cetak rompak digital dapat dibendung selain mengheret pihak tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.


“Sebagai pelakon siapa yang tak marah apabila hasil kerja yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab disalah gunakan seperti itu.


Image result for Pinjamkan Hatiku

“Saya ibaratkan perbuatan cetak rompak digital ini seperti saya dirogol tanpa kerelaan.

“Tindakan harus diambil bagi memastikan masalah ini tidak bertambah parah dan jangan sewenang-wenangnya menyebarkan hak kerja orang lain kepada awam secara percuma,” katanya.


Farid ditemui pada majlis pelancaran Dewan Perniagaan Artis, di Hotel Royale Chulan, Damansara Petaling Jaya pada Isnin.

Selain Farid, turut bersama-samanya membuat laporan polis itu adalah pengarahnya, Osman Ali.

Barisan pelakon filem Pinjamkan Hatiku termasuk Ayda Jebat dan Shaheizy Sam.

Dalam pada itu, Farid berkata, tindakan agresif perlu diambil bagi membanteras aktiviti yang mampu merosakkan industri perfileman dalam jangka masa panjang.

Kata Farid, walaupun filem itu bukan terbitannya namun sebagai pelakon dia terpanggil untuk sama-sama tampil bagi memastikan isu cetak rompak digital ini kerana ia juga melibatkan kredibiliti mereka sebagai pemain industri.


“Bagi saya pelakon turut memainkan peranan sebab ia melibatkan penjenamaan seorang artis.

“Cetak rompak versi baru ini adalah virus yang mampu tersebar dengan cepat sekiranya ia tidak dibendung.

“Ini juga soal hak dan setakat ini masih belum ada pelaksanaan menyeluruh bagi membanteras jenayah ini,” katanya.

Related image

Farid juga memberitahu laporan polis itu dibuat bagi membuka mata masyarakat tentang kepentingan menghormati hak cipta sesebuah karya.

Pinjamkan Hatiku turut membariskan pelakon seperti Shaheizy Sam dan Ayda dan ia sedang ditayangkan di pawagam sejak 30 November lalu.

Sumber: mStar Online



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kl25ud

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.