Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aqasha tersingkir, tujuh bintang mara ke separuh akhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aqasha tersingkir, tujuh bintang mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Perjalanan penyanyi Aqasha di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4) berakhir apabila tersingkir pada peringkat suku akhir pertandingan yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, Ahad.

GV4 yang memasuki minggu keenam itu, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli, 34, tewas dengan markah terendah daripada juri profesional selepas menyanyikan lagu "That’s Why You Go Away" nyanyian asal Michael Learns to Rock.

Penyingkiran Aqasha seterusnya melayakkan tujuh bintang lain iaitu Aishah, Liza Hanim, Hazami, Lan, Tia Jinbara, Firman dan Syura ke peringkat separuh akhir.

GV4 minggu keenam menampilkan tema ‘Jangan Tak Tahu" dan dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Jihan Muse, sementara Tajul dan Wany Hasrita tampil sebagai artis jemputan.

Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juri profesional yang mengadili pertandingan ini adalah Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk AC Mizal tampil sebagai juri jemputan.



Sumber Aqasha tersingkir, tujuh bintang mara ke separuh akhir

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2At4aIB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.