Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tergamak Suami Isteri Pecah Amanah Menyelewang Wang Umrah Berjumlah RM40,380 Milik Warga Emas.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tergamak Suami Isteri Pecah Amanah Menyelewang Wang Umrah Berjumlah RM40,380 Milik Warga Emas..



KUANTAN: Sepasang suami isteri didakwa terbabit dalam kes penyelewengan wang umrah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini lapor Berita Harian.

Tertuduh,  Pirus, 47, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat KRS Travel Sdn Bhd, di antara September hingga November lalu, manakala isterinya, Sureena, 43, didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu di lokasi dan masa yang sama.


Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Fatinah Abu Bakar.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang diamanahkan sebagai ejen di KRS Travel Sdn Bhd Cawangan Kuantan menyelewang wang umrah berjumlah RM40,380 milik Ramli Hamid, 62.


Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih 20 tahun dengan sebatan.


Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dan tarikh sebutan semula kes pada 9 Januari depan.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ASFM6i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.