Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Pinjamkan Hatiku' jadi mangsa jenayah siber - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Pinjamkan Hatiku' jadi mangsa jenayah siber

KARYA terbaharu Osman Ali, "Pinjamkan Hatiku" menjadi mangsa jenayah siber apabila filem itu dirakam menerusi Facebook Live.

Filem yang ditayangkan pada 30 November lalu dipercayai disiar seorang penonton dari dalam dewan pawagam.

Menurut Osman, rakaman Facebook Live disiarkan sehari selepas filem tersebut ditayangkan.

Kejadian dipercayai berlaku di Kuala Terengganu.

“Mungkin pihak pawagam terlepas pandang atau tidak melarang sehingga terjadinya kejadian itu. Walaupun notis merakam adalah satu larangan sudah dikeluarkan, masih ada lagi yang berani melalukan perbuatan demikian.

“Saya berharap pihak berkuasa memberi penekanan sepenuhnya terhadap insiden seperti ini agar kejadian sama tidak berulang terutamanya terhadap karya filem tempatan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.


Sebelum ini, satu lagi karyanya "Kau Yang Satu" turut menjadi mangsa jenayah siber apabila rakaman filem tersebut tersebar luas di platform media sosial Facebook pada Ogos.

Tambah Osman, laporan telah dibuat melalui pihak berkuasa, namun tiada tindakan tegas yang dikenakan terhadap penjenayah terbabit.

Filem "Pinjamkan Hatiku" mengangkat kisah cinta dan nilai pengorbanan yang tinggi.

Ia mengisahkan seorang gadis yang berada di dalam dilema antara cintanya pada teman lama di kampung, Naufal dan doktor yang merawatnya ketika sakit, Hasnan.


Filem arahan Osman Ali yang mula disiarkan pada 30 November turut menampilkan antara lain Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia, dan Azizah Mahzan.

BACA: Lagu kandas: 'Saya tak ada niat pertikai tugas juri' - Ayda Jebat

BACA: Shaheizy Sam belum muflis, tak salahkan sesiapa



Sumber 'Pinjamkan Hatiku' jadi mangsa jenayah siber

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Au0vu2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.